web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Penganggur Disyaki Terlibat Kes Samun Dan Pecah Masuk Stesen Minyak, Kedai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 7:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Polis menahan seorang penganggur yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan pecah masuk stesen minyak serta beberapa kedai di sekitar Port Dickson, Seremban dan Nilai membabitkan kerugian berjumlah RM69,713.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata dalam insiden pada kira-kira 3.27 pagi semalam, pihaknya menerima panggilan telefon daripada individu yang bekerja di syarikat penggera keselamatan memaklumkan sebuah stesen minyak di Jalan Batu 2 Seremban telah dipecah masuk.  

Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati cermin kaca stesen minyak itu telah dipecahkan dan pemeriksaan lanjut di dalam kedai menjumpai suspek lelaki berusia 29 tahun yang bersembunyi di bawah kaunter pembayaran.

“Antara barang dirampas ialah wang tunai sebanyak RM500, tukul besi, sarung tangan dan sebuah motosikal. Pihak polis turut membuat pemeriksaan di sebuah rumah yang pernah didiami oleh lelaki itu di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang.

“Turut dirampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah kedai dan pecah stesen minyak antaranya rokok pelbagai jenama, gelang tangan, telefon bimbit dan cermin mata,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata siasatan juga mendapati suspek aktif melakukan jenayah secara solo sejak Oktober tahun lepas sehingga Ogos tahun ini.

Katanya suspek, yang tidak memiliki rekod jenayah serta bebas daripada pengaruh dadah, kini direman selama lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

3

Semasa 4 bulan yang lalu

KPDN Pahang Sita 630 Liter Minyak Diesel Subsidi Disyaki Cuba Diseleweng

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Peserta ‘Pesta Masakan’ Di Stesen Minyak Sudah Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad