web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kutipan Melebihi Sasaran, Tabung Derma SSR Ditutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2021 11:24AM

Gambar dari Sekretariat Solidariti Rakyat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berjaya meraih kutipan RM92,800 hasil sumbangan orang ramai, hanya dalam masa sehari bagi membantu menjelaskan kompaun 31 peserta Memorial COVID-19.

Menurut jurucakap SSR, tabung berkenaan terpaksa dilancarkan bagi membantu membiayai kompaun dan bayaran guaman kesemua peserta yang ditahan pada acara di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Beliau berkata, kesemua 31 peserta itu dikompaun RM2,000 setiap seorang susulan penyertaan dalam acara terbabit, yang diadakan sempena memperingati korban COVID-19 di negara ini.

“Kompaun itu kerana peserta dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Kami akan bentangkan laporan terperinci berhubung semua perbelanjaan yang dibuat menggunakan hasil sumbangan ini dalam masa terdekat,” katanya di sini.

Jurucakap berkenaan berkata, SSR amat berterima kasih atas keprihatinan 668 individu yang menghulurkan bantuan menerusi transaksi atas talian.

“Keprihatinan inilah yang menjadi tunjang utama kekuatan untuk kami terus bergerak dan memperjuangkan segala ketidakadilan,” katanya.

Serentak dengan kejayaan itu, SSR turut mengumumkan penutupan rasmi tabung tersebut, semalam susulan kutipan yang diterima melebihi sasaran ditetapkan.

“Kejayaan tabung ini menunjukkan bahawa tuntutan #Lawan didukung oleh setiap lapisan masyarakat bagi menggerakkan proses pendemokrasian di Malaysia dan menjamin kelangsungan kehidupan rakyat biasa,” katanya. - Getaran, 26 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka