web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Iklan Perkauman Kasar, Boleh Cetus Perbalahan Kaum - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 12:14PM

Dr Teo Kok Seong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan menyentuh sensitiviti kaum digunakan dalam penerbitan sebuah iklan sempena Hari Kebangsaan sehingga tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, disifatkan tidak wajar dan terlalu ‘kasar’.

Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, beliau bagaimanapun secara peribadi menyifatkan iklan tersebut tetap mempunyai mesej positif yang mahu disampaikan.

“Cara dipraktikkan dalam kandungan video ini agak kasar dengan menggunakan bentuk atau elemen bahasa berunsur rasis, tetapi mesej di akhirnya tetap positif, iaitu teguran disampaikan menerusi dialog isteri kepada watak utama dan kita akan menuai hasil daripada apa yang kita tanam.

“Maksudnya, kalau kita menunjukkan sikap sedemikian di depan anak, mereka akan mencontohinya seperti lukisan kanak-kanak di dalam video itu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Penularan video berdurasi satu minit diterbitkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mencetuskan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak apabila ia didakwa sarat dengan unsur perkauman, termasuk kata-kata kesat yang merujuk kepada bangsa tertentu.

Walaupun tetap menerapkan unsur positif yang disampaikan menerusi dialog watak utama, ia tidak sewajarnya disiarkan apatah lagi dengan mengambil kira latar belakang Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Turut membantah tayangan iklan berkenaan ialah Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kerana ia dianggap tidak menghormati semangat perpaduan negara.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, walaupun maksud disampaikan menerusi video itu tepat dan tertulis penafian di akhir cerita, pendekatan lebih wajar yang tidak memburukkan mana-mana kaum harus digunakan bagi menjaga sensitiviti.

“Masyarakat di negara ini belum bersedia menerima sebarang iklan yang memaparkan isu perkauman walaupun jalan ceritanya membawa mesej positif, mereka pasti melenting,” katanya.

Beliau menarik perhatian, jalinan hubungan sesama etnik yang sentiasa ‘panas dan bergolak’ mutakhir ini adalah antara faktor mengapa isu perkauman sering menjadi objek sensitif untuk dibincangkan.

“Kalau zaman dahulu hubungan kita (antara kaum) jauh lebih baik daripada sekarang. Sekarang nampak sahaja berbaik-baik sebab kita cuba mengelakkan konflik terbuka, tetapi hakikat di sebaliknya jauh berbeza.

“Kita tidak mengenali dan atau memahami antara satu sama lain serta kaum, sehingga akhirnya mencetuskan rasa tidak puas hati yang menyebabkan perkara kecil dan gurauan kasar sikit pun kita cepat melenting,” katanya.

Prof Dr Zaid Ahmad
Prof Dr Zaid Ahmad

Profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zaid Ahmad pula berkata, kaedah penyampaian harus dilaksanakan dengan betul bagi memastikan sesuatu mesej boleh diterima baik semua golongan sasaran.

Menurut beliau, mesej dan kaedah penyampaian harus berjalan seiring bagi memastikan tidak tercetus salah faham kepada pihak penerima.

Sekiranya mesej dan kaedah maklumat itu tidak disampaikan secara seiring katanya, perkara terbabit akan mencetuskan keadaan negatif, seperti dapat dilihat dalam isu penularan video terbabit.

“Macam kita mendidik anak sama juga konsepnya, apa kita suruh dia buat itu betul tetapi cara kita menyuruh jika tidak betul pun akan menyebabkan mereka memberontak.

“Bila kita mahu menyampaikan mesej yang baik, harus difikir dan dilihat menyeluruh bagaimana perkara itu akan diterima semua pihak serta adakah akan mencetuskan rasa tidak puas hati mereka,” katanya.

Zaid berkata, ada juga ketikanya segelintir pihak sekadar membaca tajuk berita dan terus bertindak melulu untuk menunjukkan perasaan tidak berpuas hati walaupun tidak mengetahui kisah sebenar, umpama terjun tak bertangga.

“Seharusnya kena teliti apa kandungan dan tidak boleh cepat melenting tidak tentu arah. Apapun yang mahu dilakukan mana-mana pihak untuk menyampaikan mesej harus seiring dengan kaedah penyampaiannya kerana tujuan tidak boleh menghalalkan cara,” katanya.

Hubungan yang menjadi keruh jelas beliau lagi, adalah antara kesan negatif lain boleh dilihat sekiranya mesej dan kaedah penyampaian tidak seiring.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa dan keahlian perlu mengambil pendekatan mendidik dari semasa ke semasa untuk memastikan semua pihak faham bahawa mesej serta metadologi mahu disampaikan mereka harus betul.

“Perlu fikir apakah mesej dan kaedah penyampaian ini boleh diterima pihak penerima dengan baik. Sama juga kalau kawan baik kita menegur tetapi tak kena pun boleh berkelahi,” katanya. – Getaran, 26 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

TARA 1 tahun yang lalu

5 Iklan Terbaik Sempena Hari Kebangsaan 2023, Sarat Mesej Bermakna Untuk Penonton

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Bangkit Isu Undang Keruntuhan Perpaduan - Tokoh Maal Hijrah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Buli Hanya Salah Faham, Rupanya 2 Murid Bergurau Kasar - Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut