web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Buli Hanya Salah Faham, Rupanya 2 Murid Bergurau Kasar - Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10:15AM

Insiden berkenaan melibatkan dua murid Tahun 4 dari kelas yang sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh Lubok Stol. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini hanyalah satu salah faham.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, insiden berkenaan melibatkan dua murid Tahun 4 dari kelas yang sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh Lubok Stol.

Menurut beliau, siasatan mendapati kedua-dua pelajar telah bergurau secara kasar dan bertepuk-tampar antara satu sama lain.

“Perbuatan itu membawa kepada adegan tolak menolak antara mereka, menyebabkan baju seorang daripada murid berkenaan tersangkut di bucu papan tulis dan terkoyak,” katanya hari ini.

Jelas Kama Azural, kejadian terbabit kemudiannya dimuatnaik di Facebook oleh ibu mangsa, menerusi status yang mendakwa anaknya telah dibuli.

“Status oleh pemilik akaun Nur Rania itu telah tular dan dikesan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada 22 Jun lalu,” katanya.

Beliau memberitahu, polis dimaklumkan oleh ibu bapa pelajar berkenaan bahawa mereka tidak berniat untuk menularkan insiden tersebut dan status itu hanya satu luahan perasaan.

Ibu bapa pelajar terbabit juga katanya, tidak pernah menghubungi atau dihubungi mana-mana wartawan berkenaan insiden itu.

“Kedua-dua pelajar terlibat bersama keluarga masing-masing dan pihak sekolah telah mengadakan perbincangan pada 22 Jun lalu  dengan kehadiran pihak polis. 

“Hasil perbincangan, pihak keluarga pelajar yang menjadi mangsa beritahu tidak berniat untuk memanjangkan kes dan hanya mahu perkara itu tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Kama Azural berkata, keluarga mangsa juga bersetuju dengan keputusan pihak sekolah untuk menukarkan seorang pelajar terlibat ke kelas lain, bagi mengelakkan kejadian sama dari berulang.

“Pihak keluarga pelajar yang menjadi mangsa juga tidak mahu membuat laporan polis berhubung dengan insiden itu, dan berpuashati dengan nasihat serta pandangan yang telah diberikan oleh polis semasa perbincangan di jalankan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang berita tanpa memastikan kesahihan maklumat diterima.

“Kita mahu elakkan kebimbangan dan salah faham berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya terdapat maklumat berhubung sesuatu insidenjenayah, orang ramai diminta supaya menghubungi IPD Pasir Mas di talian 09-793 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi