web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


96,809 Pendatang Tanpa Izin Dihantar Pulang - Imigresen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 4:07PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 96,809 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing menerusi Program Rekalibrasi Pulang hingga 20 Ogos lepas, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Kawalan) Datuk Makhzan Mahyuddin.

Beliau berkata bagi tempoh yang sama juga seramai 174,068 pendatang tanpa izin telah mendaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk digajikan semula secara sah.

“Melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, majikan daripada lima sektor yang mengalami kekurangan pekerja susulan pembekuan pengambilan tenaga kerja asing boleh mengajikan pendatang tanpa izin bagi menampung kekurangan tenaga kerja mereka.

“Majikan perlu memastikan pendatang tanpa izin berkenaan mempunyai dokumen perjalanan yang sah, didaftarkan dengan Imigresen untuk diverifikasikan dan mendapatkan kelulusan kuota pekerja asing daripada Kementerian Sumber Manusia sebelum diluluskan Imigresen,” katanya dalam program Pelan Rekalibrasi di Bernama Radio hari ini.

Beliau berkata pendatang tanpa izin dari 15 negara antaranya Thailand, Indonesia, India, Pakistan dan Sri Lanka sahaja boleh mengikuti program berkenaan yang diluluskan dan akan diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara.

Makhzan berkata lima sektor yang diluluskan di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin adalah sektor perladangan, pertanian, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Menurutnya berikutan levi pekerja asing yang berlainan, majikan dikenakan bayaran sebanyak RM2,535 bagi setiap pekerja asing untuk sektor pertanian dan perladangan manakala RM3,745 setiap seorang bagi sektor pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

“Selain itu sebanyak RM640 dikenakan bagi sektor pertanian dan perladangan serta RM1,850 bagi tiga sektor yang lain,” katanya.

Beliau berkata Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin akan dilaksanakan hingga 31 Disember ini atau sehingga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi pendatang tanpa izin selesai dan pihaknya berharap majikan dan pendatang tanpa izin memanfaatkan pelan itu untuk mengelakkan mereka ditahan dan didakwa.

Makhzan berkata bagi pendatang tanpa izin yang mahu mengikuti Program Rekalibrasi Pulang, mereka hanya perlu membayar kompaun antara RM300 hingga ke RM500 mengikut kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan perlu mempunyai tiket penerbangan dan keputusan ujian COVID-19 yang sah.

Katanya Program Rekalibrasi Pulang terbuka kepada semua pendatang tanpa izin kecuali individu yang mempunyai kesalahan jenayah berikutan mereka perlu didakwa di mahkamah terlebih dahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

3

Semasa 6 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut