web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Berlengah, Jemaah Menteri Perlu Terus Bekerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 8:20PM

Hasni Mohammad - Gambar fail

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Barisan Jemaah Menteri yang baharu dilantik diharap tidak lagi berlengah, sebaliknya terus menumpukan sepenuh usaha bagi menangani pandemik COVID-19. 

Hasrat itu disuarakan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang mahu barisan Kabinet baharu itu melaksanakan amanah dengan baik, pantas dan berkesan. 

"Semoga dengan pelantikan (Jemaah Menteri) ini, agenda melawan pandemik bukan sahaja dapat diteruskan, malah mereka mampu menghasilkan idea dan pendekatan baharu bagi mengekang serta memutuskan rantaian penularan virus.

"Rakyat kini tidak mahu lagi mendengar pemimpin beretorik, sebaliknya melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik, pantas dan berkesan," katanya di sini.

Menurut Hasni, prestasi seseorang pemimpin akan menjadi perhatian rakyat yang amat mementingkan pencapaian mereka, berbanding sekadar menabur janji kosong.

“Menerusi penilaian 100 hari, prestasi dan gerak kerja semua menteri dapat dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya usaha memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara mampu dilaksanakan dengan berkesan.

"Saya yakin rakyat meletakkan harapan yang besar kepada barisan Jemaah Menteri yang baharu dilantik untuk membawa Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera," katanya. 

Ahmad Samsuri Mokhtar - Gambar Bernama
Ahmad Samsuri Mokhtar - Gambar Bernama

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan, pembentukan Jemaah Menteri adalah satu gabungan menyeluruh kerana mengumpulkan pemimpin baharu dan lama.

Meski agak terkilan kerana tiada wakil negeri itu menyandang portfolio menteri penuh, beliau percaya barisan kepimpinan negara akan berkhidmat dengan penuh adil dan saksama.

“Memang kita rasa agak terkilan sedikit kerana tidak ada menteri dari Terengganu, tapi pada masa sama, saya percaya barisan kepimpinan yang ada ini akan berkhidmat dengan baik.

"Paling penting kita perlu terus bekerja menyelesaikan krisis pandemik dan ekonomi yang berlaku ketika ini," katanya. – Getaran, 27 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut