web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Polis Hutan Cacat Kaki Kanan Akibat Jerangkap Samar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 2:11PM

Yaacob, dibantu anak sulungnya, Fadhilah semasa memasang kaki palsu ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Masih segar dalam ingatan bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) Lans Koperal (B) Yaacob Daud, 74, apabila kaki kanannya terpaksa dipotong hingga bawah paras lutut akibat terpijak jerangkap samar pada 31 Disember 1977.

Yaacob berkata segalanya bermula ketika beliau terbabit dalam Op Kota Echo di Perak bersama satu batalion disertai 32 anggota PPH bagi menjejaki komunis pada waktu itu.

“Pada kira-kira 10 pagi, saya bersama tiga anggota ditugaskan meninjau di sekitar kawasan Sungai Bedil bagi tujuan memasang khemah untuk bermalam di situ sebelum meneruskan perjalanan menjejaki komunis.

“Bagaimanapun, saya yang berada di kedudukan paling hadapan telah ditembak di bahagian kiri perut oleh komunis yang berada di atas bukit, yang mengesan kehadiran kami,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini hari ini.

Yaacob yang juga dikenali sebagai ‘Polis Jali’ oleh penduduk setempat berkata sejurus perutnya ditembak dan dalam keadaan suasana kelam-kabut itu, kaki kanannya telah terpijak jerangkap samar ditanam musuh lalu menyebabkan badannya terpelanting sekali gus mengakibatkan sebahagian kaki kanannya hancur serta putus.

Menurut Yaacob, kecederaan dialami beliau dilaporkan pegawai penyiasat batalion pada kira-kira 12 tengah hari sebelum diterbangkan segera ke Hospital Ipoh untuk rawatan.

“Doktor segera melakukan pembedahan dan disebabkan kecederaan teruk itu, sebelah kaki (kanan) saya terpaksa dipotong hingga paras bawah lutut bagi membuang serpihan tulang selain mengelak jangkitan kuman.

“Saya dirawat di hospital selama dua bulan dan kemudian pulang ke rumah selepas mendapat kaki palsu,” katanya dengan menambah dibantu isteri, Nafishah Awang Teh, 71, sepanjang pemulihan kaki.

Bapa kepada tujuh anak dan bersara daripada PPH pada 2002 itu berkata, beliau menyertai pelbagai operasi sebelum kejadian itu dan kemudian terlibat dengan kerja pengurusan sahaja selepas kecacatan dialami.

“Saya menerima takdir bergelar orang kurang upaya (OKU) namun sebagai seorang yang berkhidmat dalam PPH, saya tidak menyesal sedikit pun kerana apa yang dilakukan ini adalah rasa cinta mendalam terhadap tanah air.

“Saya berpuas hati dengan pengorbanan ini kerana ketika itu pasukan kami mahu memastikan negara bebas daripada cengkaman pengganas komunis.

“Generasi muda hargailah kemerdekaan negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad