web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 3:57PM

Maskot Dr Klan dan kanak-kanak lengkap berpakaian tradisional memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 KPJ Klang. gambar Facebook KPJ Klang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital Pakar KPJ Klang (KPJ Klang) semalam melancarkan maskot dan wad pediatrik berwajah baharu dalam majlis khas yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.

Dalam kenyataan hari ini KPJ Klang memaklumkan bahawa wad itu dilengkapi dengan reka bentuk dalaman yang baharu bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat sekeliling yang semakin meningkat.

"Dengan hasrat menenangkan fikiran dan menyediakan sokongan penjagaan kesihatan holistik kepada kanak-kanak, KPJ Klang menyediakan 29 wad pediatrik yang disokong oleh empat pakar pediatrik. Ia juga sudah merekodkan rawatan 3,285 pesakit luar dan 1,402 pesakit di wad, sejak dibuka pada Mei 2012.

"Berpegang teguh pada ikrar 'Care For Life', patriotisme KPJ Klang diserlahkan menerusi penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatannya yang berkualiti, bermula dari saat bayi dilahirkan sehingga kepada penjagaan kesihatan serta perkembangan dan kesejahteraan mereka," menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Klang, Dr S. Goventhamah dalam kenyataan yang sama berkata pihaknya teruja untuk memperkenalkan wad pediatrik yang baru diubah suai itu, dan bertekad untuk menyokong serta memenuhi keperluan penjagaan kesihatan kanak-kanak, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan Klang.

“Di KPJ Klang, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman yang lancar kepada semua kanak-kanak, dari saat anda beri kepercayaan kepada kami untuk menjaga anda. Perunding perubatan kami yang berpengalaman, disokong pula oleh pasukan profesional perubatan yang berdedikasi, jururawat dan kakitangan lain, sentiasa bersedia untuk menyampaikan penjagaan dan perkhidmatan peribadi terbaik kepada anda,” katanya.

Majlis semalam turut menyaksikan KPJ Klang memperkenalkan maskot Merdekanya 'Dr. Klan', selain menampilkan pertandingan pakaian tradisional untuk kanak-kanak, dan penyampaian mesej patriotisme yang tulus, kerana kanak-kanak sememangnya penentu masa depan negara.

Turut hadir di majlis itu adalahh Pengurus Operasi KPJ Klang, Mohd Fikri Ahmad Bukhari dan Perunding Oftalmologi, Dr Ahmad Fauzi Md Sharif. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Sebarkan Semangat Patriotik, Raikan Hari Kebangsaan Di Genting Highlands

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah