web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Jatuh Tangga Selepas Bertengkar Dengan Kekasih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 4:56PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang lelaki berdepan pengakhiran hidup yang tragis, apabila menemui ajal ketika menuruni tangga, selepas berdepan dengan kekasihnya, di Main Bazaar, Jalan Penrissen di sini malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan (DSP) Lim Jaw Shyong berkata, mangsa dipercayai terjatuh di tangga bilik sewa dua tingkat itu sekitar jam 9 malam.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 55 tahun pergi ke bilik sewa berkenaan bersama kekasihnya berusia 57.

“Pertengkaran mulut berlaku antara mereka ketika keduanya berada di bilik sewa berkenaan.

“Kekasih mangsa memberitahu, mereka berdua belum berkahwin tetapi telah hidup bersama sejak belasan tahun lalu,” katanya.

Jaw Shyong berkata, pertengkaran mulut itu tercetus apabila mangsa mahu meninggalkan wanita berkenaan seorang diri di dalam bilik sedangkan keduanya baru sahaja sampai di situ.

Wanita itu jelas beliau, turut menegur kekasihnya agar mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, kerana bimbang penyakit asma dihidapi mangsa menjadi lebih teruk, apatah lagi dia turut mengalami komplikasi darah tinggi dan kencing manis.

“Susulan pertengkaran, penjaga bilik sewa tersebut iaitu seorang pemuda berusia 22 tahun menasihatkan mereka agar tidak bergaduh, demi menjaga air muka kedua-duanya di hadapan sejumlah penghuni lain.

“Mangsa kemudian telah keluar dari bilik dan menuju ke arah tangga, sebelum penjaga premis berkenaan bersama wanita tersebut terdengar bunyi, seolah ada sesuatu yang jatuh,” katanya.

Jaw Shyong memberitahu, keduanya yang bergegas menuju ke tangga mendapati mangsa telah terbaring di kaki lima.

“Kekasihnya cuba memberi bantuan dengan menggosok-gosok belakang badan mangsa sementara penjaga bilik sewa itu mendapat pertolongan daripada jiran.

“Pasukan perubatan sampai di lokasi kejadian mendapati, mangsa telah meninggal dunia pada jam 9.25 malam,” jelasnya.

Menurut keterangan adik mangsa, abangnya yang bekerja sebagai pemandu lori sememangnya menghidap pelbagai penyakit, malah pernah dirawat di hospital kerana asma kronik.

“Siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang unsur khianat dalam insiden tersebut dan bedah siasat akan dibuat bagi menentukan punca kematian mangsa,” jelas Jaw Shyong.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUSK) sementara menanti keputusan ujian saringan COVID-19.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). - Getaran 29 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad