web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Vaksinasi 6 Negeri Harus Capai 50 Peratus Sebelum Akhir September - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 7:11PM

Ismail Sabri (tengah) bersama penerima vaksin ke satu juta di pusat pemberian vaksin World Trade Centre Kuala Lumpur (PPV WTCKL) di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diberikan tempoh sehingga akhir bulan depan untuk memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi COVID-19 sebanyak 50 peratus bagi populasi dewasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri yang mencatatkan vaksinasi kurang daripada 50 peratus itu adalah Perak (46.5 peratus), Terengganu (46.2 peratus), Johor (44.9 peratus), Kedah (43.2 peratus), Kelantan (43.1 peratus) dan Sabah (37.1 peratus), setakat semalam.

“Saya mahu sebelum akhir September semua enam negeri ini kadar vaksinasi telah melebihi 50 peratus (untuk populasi dewasa), tak mahu ada negeri yang kurang daripada itu,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dos yang ke satu juta di pusat pemberian vaksin World Trade Centre Kuala Lumpur (PPV WTCKL) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar, beliau telah mengarahkan pihak MOSTI supaya menggunakan bekalan vaksin sedia ada dalam negara dan tidak menunggu sehingga tempahan vaksin tertentu tiba.

“Jika vaksin kita tempah ada masalah penghantaran, tak perlu tunggu vaksin itu, sebaliknya beralih kepada vaksin sedia ada. Contohnya Pharmaniaga Berhad yang membotolkan Sinovac, mereka sentiasa sedia dengan vaksin di kilang mereka,” katanya.

Sementara itu, perdana menteri berkata penghantaran 200,000 vaksin dos tunggal CanSino ke Sabah dapat membantu meningkatkan kadar vaksinasi di negeri itu.

Ismail Sabri menegaskan beliau tidak mahu rakyat menjadi mangsa COVID-19 disebabkan kelewatan pemberian vaksin hanya gara-gara pihak yang bertanggungjawab terpaksa menunggu penghantaran vaksin jenis tertentu daripada syarikat pembekal.

“Kita ada tempah melalui sebuah syarikat 500,000 dos tapi mereka lewat ... kita akan ambil vaksin Sinovac. Kita tidak mahu ada gangguan terhadap PICK disebabkan syarikat (tertentu) gagal menghantar bekalan,” katanya.

Mengulas isu sama, Ismail Sabri memberi bayangan Lembah Klang boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan kadar vaksinasi bagi populasi dewasa kini 89.5 peratus.

“Kalau 89 peratus mungkin dah boleh ke fasa seterusnya (PPN) kerana telah hampir 90 peratus dan mungkin banyak negeri juga boleh ke fasa seterusnya.

“Tunggulah pengumuman nanti,” katanya sambil menambah perkara itu akan dibincangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 akan datang.

Mengenai program hari ini, perdana menteri mengucapkan tahniah kepada PPV WTCKL kerana berjaya merekodkan pemberian suntikan vaksin AstraZeneca dos ke satu juta di Lembah Klang di bawah PICK.

Dibuka khas untuk pengendalian vaksin AstraZeneca, PPV WTCKL merupakan PPV Mega pertama yang diwujudkan dengan kapasiti awal sebanyak 8,000 dos sehari sebelum ditingkatkan kepada 18,000 dos suntikan pada 19 Julai lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad