web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pastikan Bekalan Makanan Mencukupi, Elak Kenaikan Harga - PKR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 7:26PM

Simsudin Sidek

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pihak berkuasa digesa mengambil langkah terbaik bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan asas penduduk mencukupi, sekali gus mengelakkan berlakunya kenaikan harga.

Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek berkata, jumlah bekalan keperluan yang tidak menentu adalah punca utama kenaikan harga barangan sehingga membebankan pengguna.

Menurut beliau, permintaan yang melebihi penawaran membuka peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab menekan pengguna dari aspek harga.

“Rakyat juga terhimpit disebabkan pemulihan sektor ekonomi yang agak perlahan, malah inisiatif pemantauan dan penguatkuasaan sedia ada tidak cukup efektif untuk mengatasi tindakan menaikkan harga dan monopoli bekalan oleh peniaga,” katanya kepada Getaran hari ini.

Simsudin berkata, langkah yang lebih proaktif adalah perlu untuk mengatasi permasalahan itu.

“Peningkatan kos sara hidup di Labuan menjadi masalah utama rakyat dalam mengharungi keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

“Rakyat terus melalui saat-saat sukar demi meneruskan kehidupan, khususnya apabila dibebani kenaikan harga barangan yang sangat ketara dalam masa singkat,” katanya.

Memberikan contoh marjerin jenis Daisy, Simsudin berkata, jenama berkenaan bagi kategori berat 18kg mengalami kenaikan sehingga RM15, menjadikan harganya ketika ini RM135 berbanding RM120 sebelumnya.

“Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap dapat memberi penyelesaian terhadap isu tersebut, sebelum pengguna menjadi lebih terbeban,” katanya. - Getaran, 29 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

3

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut