web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Sakaran Dandai Selamat Dikebumi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 5:41PM

Ahli keluarga Allahyarham menabur bunga di atas pusaranya. - Gambar oleh Ardyhansah Amat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sentiasa berkasih sayang, berkeluarga dan bermasyarakat adalah pesanan terakhir dititipkan tokoh pemimpin Sabah, Tun Sakaran Mohd Hashim Dandai, 91, kepada anak-anaknya beberapa hari sebelum beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19, jam 5.30 pagi tadi.

Anaknya Datuk Seri Nasir Sakaran berkata, kali terakhir mereka berbual adalah menerusi panggilan video pada Sabtu lalu.

“Ketika itu, ayah masih boleh bercakap seperti biasa dan sempat memberikan nasihat kepada kami semua.

“InsyaAllah, kami akan sedaya upaya meneruskan amanat terakhir yang diberikan Allahyarham,” katanya ketika ditemui media selepas selesai upacara pengebumian.

Tambah Nasir, mereka sekeluarga akur dan redha menerima ketentuan itu walaupun ia amat menyedihkan.

Jenazah Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, Jalan Tunku Abdul Rahman, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Turut hadir menyaksikan upacara itu ialah balu Allahyarham, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan keluarga mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kota Kinabalu pada 18 Ogos lalu akibat COVID-19 dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Selasa lalu, sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Sakaran pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-8 pada tahun 1994 sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Ke-8 setahun kemudian.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Semporna meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.

Pemergian Sakaran turut mendapat perhatian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Titah baginda, khidmat dan jasa bakti Allahyarham amat besar kepada negara dan seluruh negeri Sabah.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara,” titah baginda. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad