web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Guna Duit Palsu, Penganggur Dipenjara 18 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 6:26PM

Tertuduh (tengah) diiringi pegawai dan anggota polis selepas selesai didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang penganggur dihukum penjara 18 bulan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, selepas mengaku bersalah menggunakan wang palsu untuk membeli nasi bungkus dan rokok pada 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Muhamad Fizwan Norruhadi, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah berkenaan, pagi tadi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9.30 pagi dan 3.18 petang di dua premis berlainan, pada tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nursyuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi pertuduhan pertama, Muhamad Fizwan didakwa melakukan kesalahan dengan menggunakan sekeping wang kertas palsu bernilai RM100 pada jam 9.30 pagi di sebuah gerai makan di Beserah, dekat sini, untuk membeli sebungkus nasi berharga RM5.

Untuk pertuduhan kedua pula, dia didakwa menggunakan sekeping wang palsu, juga bernilai RM100 untuk membeli sekotak rokok berharga RM12 dari kedai serbaneka di Indera Mahkota 3, di sini, pada jam 3.18 petang, hari yang sama.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Muhamad Fizwan didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah memohon dikenakan hukuman ringan kerana menanggung bapa berusia 64 tahun, namun ia menerima bantahan Timbalan Pendakwa Raya kerana kes terbabit mempunyai kepentingan awam, juga sebagai pengajaran buat tertuduh.

Hakim kemudiannya memutuskan hukuman penjara 18 bulan ke atas tertuduh bermula tarikh dia ditahan 23 Ogos lalu. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad