web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekurangan Bekalan Vaksin Sabah, TUDM Lancar Penerbangan Khas Hantar Bekalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 8:04PM

TUDM membantu MKN negeri Sabah memindahkan sejumlah 99,400 dos vaksin COVID-19 dari Sarawak ke Sabah menerusi penerbangan komunikasi logistik yang dilaksanakan semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kekurangan bekalan vaksin pada paras kritikal di Sabah sedikit sebanyak berjaya diatasi menerusi ‘pinjaman’ dari kerajaan negeri Sarawak, yang dihantar menerusi penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), semalam.

Penerbangan berkenaan melibatkan 99,400 vaksin jenis Comirnaty dari tiga lokasi iaitu Kuching, Sibu dan Bintulu, khusus bagi kegunaan daerah Tawau di Sabah.

Menurut jurucakap Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pemindahan vaksin ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Sabah untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat negeri berkenaan.

Katanya, ia bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebanyak 80 peratus menjelang Oktober tahun ini.

“Pesawat kargo C130 dari Pangkalan Udara Labuan dikendalikan juruterbang, Kapten Mohamad Zulkarnain Johari bersama-sama pembantu juruterbang, Kapten Owi Wei Lunn, Jurutera Penerbangan, Mejar Mohd Azlan Mohd Ali, Jurumalim Kapten Muhammad Haikal Rasdi serta Pegawai Waren Udara II Freddie Francis  Biren dan Sarjan Udara Ridzuan Karmusakar tiba pada jam 11.30 pagi di Pangkalan Udara Kuching.

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Kuching pada jam 12.30 tengah hari dan membuat pengambilan vaksin di Lapangan Terbang Sibu dan Bintulu sebelum meneruskan penerbangan ke Tawau dan tiba pada jam 4.30 petang, untuk proses penyerahan kepada Jabatan Kesihatan Sabah,” katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, TUDM sentiasa menghulurkan sokongan logistik bagi membantu negara menangani krisis kesihatan global, iaitu pandemik COVID-19 sejak ia mula melanda Malaysia awal tahun lalu.

“"TUDM sentiasa bersiap-siaga dan terus komited dalam melaksanakan peranan utama dan sekunder, termasuk tanggungjawab sosial kepada masyarakat demi memastikan kesejahteraan rakyat serta negara terus dipelihara.

"Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak kapal terlibat serta semua pihak yang melaksanakan usahasama bersepadu melibatkan Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI), MKN Negeri Sabah, MKN Negeri Sarawak, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta TUDM,” katanya. – Getaran, 30 Ogos 2021

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut