web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Penuh Patriotisme Dalam Semangat Keluarga Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 9:55AM

Orang ramai menyaksikan pesawat A400M dan C130H milik TUDM yang membuat persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Disambut dalam persekitaran norma baharu ekoran pandemik COVID-19 buat tahun kedua, sambutan Hari Kebangsaan 2021 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya tetap menyerlahkan jiwa patriotisme yang jitu dalam semangat Keluarga Malaysia.

Atur cara dan persembahan yang sarat dengan elemen patriotisme disusun rapi agar bersesuaian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta boleh ditonton secara fizikal oleh hadirin yang terhad atau diikuti secara langsung melalui kaca televisyen atau secara maya.

Sekumpulan kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang kepada pesawat TUDM yang membuat persembahan udara. - Gambar oleh Sairien Nafis
Sekumpulan kanak-kanak mengibarkan Jalur Gemilang kepada pesawat TUDM yang membuat persembahan udara. - Gambar oleh Sairien Nafis

Dengan ketibaan tetamu di Dataran Pahlawan Negara termasuk menteri-menteri Kabinet berlatar belakangkan pelbagai lagu patrotik, klip video Keluarga Malaysia yang menampilkan lirik ciptaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa turut ditayangkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai sambutan tersebut yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ secara maya kerana menjalani kuarantin kendiri bermula semalam (30 Ogos) setelah disahkan kontak rapat pesakit COVID-19.

Sekumpulan kanak-kanak berlarian sambil mengibarkan Jalur Gemilang. - Gambar oleh Sairien Nafis
Sekumpulan kanak-kanak berlarian sambil mengibarkan Jalur Gemilang. - Gambar oleh Sairien Nafis

Atur cara bermula pukul 8 pagi dalam cuaca baik dengan matahari yang menyinar setelah hujan dinihari berhenti di Putrajaya kira-kira 7 pagi, dengan tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku.

Ismail Sabri dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dalam siaran secara maya turut dilihat berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang. 

Aksi pesawat pejuang TUDM menggegarkan ruang udara Putrajaya. - Gambar oleh Sairien Nafis
Aksi pesawat pejuang TUDM menggegarkan ruang udara Putrajaya. - Gambar oleh Sairien Nafis

Usai acara tersebut, ikrar Rukun Negara dibacakan dengan diakhiri laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali yang disempurnakan oleh tujuh petugas barisan hadapan.

Ia diketuai wakil dari Kementerian Pendidikan iaitu Luqman AlHakim Mohd Tamyes selain anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Seorang kanak-kanak menaiki kereta mainan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang. - Gambar oleh Azim Rahman
Seorang kanak-kanak menaiki kereta mainan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang. - Gambar oleh Azim Rahman

Agenda sambutan diteruskan dengan persembahan pancaragam gabungan drum line ATM yang disertai 60 anggota daripada TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.

Selain memainkan beberapa lagu patriotik dan menampilkan seni taekwando tempur tanpa senjata, kumpulan pancaragam yang diketuai Staf Sarjan Mad Zain Medol itu turut menampilkan aksi faktor ‘wow’ iaitu persembahan semburan api dengan menyembur minyak tanah dari mulut ke arah nyalaan api kecil bagi menghasilkan bulatan api besar.

Seorang pegawai polis bertugas semasa Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman
Seorang pegawai polis bertugas semasa Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman

Sejurus tamat aksi mendebarkan itu, persembahan kawad senyap oleh 60 anggota TLDM dipimpin Laskar Kanan PAP Mohd Helmi Masuhudi dan disusuli dengan persembahan pancaragam gabungan badan beruniform yang dipimpin Mejar Mohd Rizal Mohd Nor.

Pancaragam gabungan badan beruniform itu yang disertai 80 anggota ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APM, JBPM dan RELA bergabung tenaga dalam menyampaikan persembahan pelbagai irama lagu patriotik.

Dua orang kanak-kanak perempuan mengenakan pakaian yang bertemakan Jalur Gemilang. - Gambar oleh Azim Rahman
Dua orang kanak-kanak perempuan mengenakan pakaian yang bertemakan Jalur Gemilang. - Gambar oleh Azim Rahman

Kemuncak tarikan persembahan sempena Hari Kebangsaan 2021 ialah pertunjukan udara oleh aset-aset TUDM dengan deruman enjin pesawat pejuang menggegarkan ruang udara Putrajaya dan para tetamu yang hadir kelihatan mendongak untuk merakamkan pertunjukan formasi pesawat di ruang angkasa.

Formasi penerbangan pesawat pejuang membabitkan Sukhoi Su-30MKM, F/A 18D Hornet dan BAE Hawk 108 diketuai oleh Lt Kol Mohd Norazan Othman, yang sempat bersiaran secara langsung dari dalam pesawat sebelum melakukan aksi udara itu.

Orang ramai mengambil kesempatan merakamkan aksi pesawat TUDM yang membuat persembahan semasa Sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman
Orang ramai mengambil kesempatan merakamkan aksi pesawat TUDM yang membuat persembahan semasa Sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya. - Gambar oleh Azim Rahman

Pertunjukan udara itu menarik minat penduduk Putrajaya untuk ke kawasan lapang seperti Dataran Putra dengan tahap kepatuhan SOP serta tidak melakukan perkumpulan untuk menyaksikan formasi pesawat tersebut.      

Acara diakhiri dengan tayangan lagu Menang Bersama yang dinyanyikan artis Faizal Tahir hasil ciptaan Pengarah Muzik Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Mokhzani Ismail, dan sebelum meninggalkan majlis para tetamu mengibarkan bendera Malaysia dengan diiringi lagu Jalur Gemilang.

Orang awam turut hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke 64 di Dataran Pahlawan Putrajaya - Azim Rahman
Orang awam turut hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke 64 di Dataran Pahlawan Putrajaya - Azim Rahman

Antara kenamaan yang hadir secara fizikal di Dataran Pahlawan ialah menteri-menteri kanan iaitu  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Tayangan secara langsung sambutan yang disiarkan di semua stesen televisyen tempatan, Facebook Live Merdeka360 dan Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengaplikasikan teknologi ‘Mix Reality’ iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR (Augmented Reality) serta XR (Extended Reality), yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia