web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Bersalin Sendiri Di HSI, JKNJ Siasat Kenyataan Wanita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 11:21AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Siasatan terperinci akan dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terhadap dakwaan seorang wanita yang dikatakan bersalin bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tanpa bantuan doktor atau jururawat.

Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rahu berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan susulan dakwaan wanita berkenaan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati,  pesakit wanita berusia 36 tahun itu hadir ke bilik saringan bersalin HSI pada jam 5.33 pagi, 23 Julai lalu dengan usia kandungan mencecah 39 minggu.

“Pesakit hamil anak keempat hadir ke bilik saringan kerana telah mempunyai tanda awal hendak melahirkan, bagaimanapun, dia adalah kontak rapat kepada suaminya yang positif COVID-19.

“Pesakit telah diperiksa oleh pegawai perubatan dan mendapati dia masih di peringkat awal kelahiran iaitu dengan bukaan pangkal rahim sebesar tiga sentimeter (cm),” katanya di sini malam tadi.

Dr Aman berkata, wanita terbabit kemudiannya dimasukkan ke bilik isolasi pada jam 10.18 pagi sementara menunggu keputusan ujian PCR COVID-19, dan ditempatkan di dewan bersalin (bilik nombor dua) dengan pintu bilik ditutup, berikutan status dirinya yang positif COVID-19.

Bilik berkenaan jelas beliau lagi, berada agak jauh dari kaunter jururawat.

Dr Aman Rahu
Dr Aman Rahu

“Pegawai Perubatan dan jururawat telah ‘donning’ dan melakukan pemeriksaan ke atas pesakit pada jam 4.26 petang.

“Memandangkan hasil ujian PCR COVID-19 pesakit ini didapati positif, maka keputusan untuk melahirkan anak melalui pembedahan telah dibuat oleh pakar yang bertugas atas panggilan,” jelasnya.

Dr Aman menarik perhatian, pemeriksaan yang dilakukan ketika itu mendapati bukaan pangkal rahim adalah empat cm dan pesakit mengalami kontraksi yang tidak teratur.

Katanya, wanita terbabit juga sudah dipersiapkan untuk pembedahan, namun proses bersalin berlaku di luar jangkaan iaitu pesakit melahirkan anak enam jam lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin.

Secara keseluruhan, Dr Aman berkata, aduan adalah berasas kerana dia yang juga pesakit COVID-19 itu perlu ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup.

Katanya, pesakit bersalin secara bersendirian dan bayi didapati berada di atas katil pesakit.

“Proses donning mengambil masa sebelum bantuan oleh anggota bertugas dapat diberikan kepada pesakit,” jelasnya.

Mengulas dakwaan pesakit yang mendengar bunyi ketawa petugas hospital di luar bilik bersalin, Dr Aman berkata, ia mungkin berpunca dari bilik bersalin berhampiran yang melakukan prosedur kelahiran bayi secara vacuum.

Status berhubung insiden itu dimuat naik wanita terbabit di akaun Facebooknya pada 31 Julai lalu, namun ia mula tular sejak kelmarin.

Dengan tajuk hantaran Dugaan 2021, wanita terbabit mendakwa terpaksa melalui proses bersalin secara bersendirian kerana usahanya memanggil doktor dan jururawat tidak berjaya, memaksanya bertawakal melahirkan bayi seorang diri. - Getaran, 2 September 202

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia