web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azhar Nafi Tolak Usul Mengosongkan Jawatan Speaker Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 2:53PM

Datuk Azhar Azizan Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Azhar Azizan Harun nafi dakwaan bahawa beliau menolak usul supaya meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat daripada dibahas di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mengakui pejabatnya telah menerima usul berkenaan daripada beberapa pengusul, namun telah mengutus surat kepada semua pengusul bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan mengenainya kerana terdapat percanggahan kepentingan.

Beliau berkata keputusan mengenai usul berkenaan yang mencadangkan beliau mengosongkan jawatan dan individu lain dilantik menggantikannya diserahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekalipun atau campur tangan dalam apa-apa keputusan mengenai usul tersebut.

“Malah saya tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat Timbalan Yang di-Pertua mengenai usul-usul tersebut,” katanya.

Azhar berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar tempatan semalam bahawa usul menukar speaker berkenaan ditolak.

Beliau berkata laporan berkenaan yang mendakwanya mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan mempunyai unsur ‘innuendo’ (sindiran) bahawa ia ditolak oleh beliau adalah tidak benar, bersifat fitnah dan dibuat dengan niat menjatuhkannya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rashid ketika dihubungi Bernama berkata usul berkenaan sekiranya diluluskan akan dipaparkan dalam Aturan Mesyuarat pada hari persidangan Dewan Rakyat kelak.

Beliau berkata pihaknya akan mempertimbangkan sama ada usul yang dimohon dipertimbangkan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Setiap pengusul juga akan mendapat maklum balas terlebih dahulu mengenai kelulusan usul mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia