web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saman SRC: Najib Diarah Fail Penyataan Pembelaan Selewat-Lewatnya 11 Oktober

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2021 4:59PM

Najib diarahkan menjawab saman yang difailkan SRC International selewat-lewatnya 11 Oktober. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab saman yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri itu berhubung dakwaan pecah amanah dan pelanggaran kewajipan statutori berkaitan dana SRC sebanyak RM42 juta, selewat-lewatnya pada 11 Oktober ini.

Menurut seorang peguam daripada Rosli Dahlan Saravana Partnership yang bertindak bagi pihak SRC, mahkamah juga mengarahkan plaintif (SRC) memfailkan jawapan terhadap pembelaan itu selewat-lewatnya pada 13 Disember ini.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 14 Disember ini secara dalam talian (e-Review),” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding pengurusan kes hari ini yang dikendalikan secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Noordura Mohamed Din.

SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), anak syarikat milik penuh SRC, memfailkan writ saman pada 7 Mei lalu, mendakwa Najib melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.

Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) mendakwa melalui satu surat pelantikan bertarikh 3 September 2014, SRC telah melantik Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB)  (dahulu dikenali sebagai Gem Horizon Sdn Bhd) sebagai rakan kongsi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Dakwanya, antara Disember 2014 dan April 2015, SRC telah mengeluarkan dana berjumlah RM123 juta ke dalam akaun bank IPSB yang kononnya untuk tujuan CSR dan geran telah diberikan kepada IPSB tanpa kelulusan daripada Lembaga SRC dan GMSB.

Plaintif mendakwa IPSB memindahkan dana yang diterima di bawah geran itu kepada pelbagai pihak ketiga bagi pihak IPSB termasuk sejumlah RM42 juta telah dipindahkan ke dua akaun milik Najib kononnya untuk tujuan CSR antara Disember 2014 dan Februari 2015.

SRC juga mendakwa Najib dalam kapasitinya selaku perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC ketika itu bertindak secara tidak jujur dalam membantu bekas pengarah SRC dan bekas pengarah GMSB dalam melanggar pelbagai kewajipan statutori dan melakukan pecah amanah apabila gagal untuk memeriksa dengan pihak Bank AmIslamic mengenai jumlah penyelewengan yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun bank Najib.

Oleh itu, plaintif antara lain menuntut deklarasi bahawa plantif berhak mengikuti dan mengesan wang RM42 juta itu dan menuntut hak milik ekuiti ke atas wang tersebut atau sebarang harta yang diperoleh Najib dengan menggunakan wang berkenaan selain menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia