web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian S Thava Sagayam, Kit Siang Puji Reaksi PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 10:14AM

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa terbaring di atas lantai pada 29 Disember tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tidak ada individu bakal terlepas daripada tindakan perundangan menerima pujian veteran DAP,  Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, kenyataan Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa beliau memiliki prinsip pemerintahan yang baik, sekali gus memberi keyakinan kepada parti pembangkang.

“Ini juga mencerahkan prospek perjanjian keyakinan, pembekalan dan pembaharuan antara kerajaan dan pembangkang,” katanya di sini.

Penasihat DAP itu berkata, ujian pertama Ismail Sabri adalah menerima keputusan ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuching dan melaksanakan penurunan had usia mengundi kepada 18 tahun.

“Sekiranya Ismail berpegang pada kata-kata seperti ciapan Twitternya, beliau akan lulus ujian ini,” katanya.

Kit Siang menyatakan demikian sebagai mengulas kematian seorang pengawal keselamatan,  S Thava Sagayam, 64 yang meninggal dunia selepas bertarung nyawa di hospital selama lapan bulan berikutan diserang oleh seorang individu.

Mendiang Thava sebelum ini dibelasah Noor Azhar Muhammad selepas terbabit dalam satu pertengkaran di kondominium tempat dia bertugas di Perak.

Rakaman video yang memaparkan mendiang dibelasah turut tular di media sosial, selepas warga emas itu menghembuskan nafas terakhir.

Susulan kematian Thava Sagayam, pelbagai pihak menggesa insiden terbabit disiasat sebagai kes bunuh, menyebabkan ia dirujuk ke pejabat Peguam Negara.

Ciapan Ismail Sabri adalah reaksi beliau terhadap sokongan diberikan Ahli Parlimen pembangkang, M Kula Segaran kepada keluarga mendiang. - Getaran, 5 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

4

Politik 1 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia