web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa melawat pameran Atma Kirana di Balai Seni Negara jika masih gagal menyelami prinsip majmuk yang diamalkan di Malaysia.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, Dr Mahathir seharusnya menghentikan segala tohmahan mengenai usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, termasuk dakwaan kononnya ia bertentangan dengan Perlembgaan Negara.

Menurut beliau, rakyat termasuk pimpinan mana-mana parti harus berganding bahu untuk memastikan negara ini kekal harmoni dengan menghentikan polarisasi perkauman dan mengembalikan perpaduan negara.

Jelasnya, itu adalah kriteria diperlukan untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara.

"Mereka (rakyat) ada peluang yang sama di Malaysia, dengan membuang ketidakseimbangan dalam pelbagai bidang kehidupan di Malaysia yang telah menyebabkan pengasingan dan antagonisme di antara kaum.

Pameran Atma Kirana yang berkisarkan Rukun Negara sedang berlangsung di Balai Seni Negara - gambar BASKL
Pameran Atma Kirana yang berkisarkan Rukun Negara sedang berlangsung di Balai Seni Negara - gambar BASKL

"Ia termasuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap proses demokrasi berparlimen menerusi cara yang bermakna kerana tanpa proses sebegini, tidak mampu untuk adanya negara majmuk berbilang kaum seperti Malaysia, dengan semua orang mempunyai tempat saksama di bawah matahari yang sama," katanya.

Mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, rakyat perlu memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk beliau membuktikan keupayaan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Dua cabaran tegasnya, menanti tugas besar Kerajaan Perpaduan iaitu mewujudkan kepercayaan terhadap proses demokrasi berparlimen dan  mengembalikan perpaduan negara tanpa mengira kaum.

"Dua tugas ini kekal sebagai cabaran terbesar Malaysia selepas setengah abad usaha membina negara, dan kedua-dua perkara ini perlu menjadi kriteria untuk menilai Kerajaan Perpaduan Anwar pada PRU-16 tahun 2027 nanti.

“Sama ada mereka berjaya (atau tidak) menggunakan kestabilan politik dalam empat tahun akan datang untuk memastikan adanya perpaduan yang lebih erat dalam Malaysia majmuk, untuk Malaysia bukan sahaja setakat menjadi model demokrasi, tetapi menjadi sebuah negara yang berjaya, progresif, dan makmur di dunia," katanya. - Getaran, 22 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 5 bulan yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

4

Politik 1 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka