web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 10:06PM

Lim Kit Siang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pertambahan jumlah kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu tidak boleh dianggap satu tsunami, walaupun ada pihak beranggapan sedemikian. 

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, walaupun ada kemajuan dicatatkan PN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, ia masih belum berhasil menumbangkan pengaruh Kerajaan Perpaduan. 

Menurut beliau, individu sewajarnya berasa risau adalah mereka yang menjangkakan blok terbabit merekodkan kemenangan besar, sekurang-kurangnya 5-1 pada PRN itu. 

“Keputusan enam PRN tersebut mungkin menjadi paras sokongan tertinggi berjaya diraih oleh PN, dan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) empat tahun lagi mungkin berbeza sama sekali. 

“Mereka yang paling rugi dalam enam PRN ini adalah mereka yang percaya bahawa negara kita sudah mencapai satu tahap polarisasi di antara kaum dan agama,” katanya. 

Tegas beliau, golongan terbabit juga percaya bahawa wujud perbezaan besar yang tidak dapat diperbetulkan dan keadaan bertukar menjadi lebih buruk. 

“Saya tidak tergolong dalam kumpulan ini,” katanya, ringkas. 

Malaysia perlu kembali bangkit sebagai negara hebat dunia - gambar hiasan
Malaysia perlu kembali bangkit sebagai negara hebat dunia - gambar hiasan

Jelas bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, kerajaan Madani ketika ini perlu mengambil pendekatan untuk menyenarai dan melaksanakan visi Madani yang bermanfaat untuk semua rakyat. 

Langkah ini katanya, adalah sebahagian daripada usaha untuk membolehkan Malaysia kembali bangkit sebagai sebuah negara hebat dunia. 

“Keputusan enam PRN ini ialah satu penolakan terhadap mereka yang cuba mengatakan bahawa usaha mempromosikan idea Malaysia sebagai sebuah negara majmuk bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

“Mereka yang berkempen untuk sebuah Malaysia yang hanya ada satu kaum, satu agama, dan satu budaya ini telah menolak usaha tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn iaitu tiga Perdana Menteri terawal negara dan juga Presiden UMNO, Tun Tan Cheng Lock, dan Tun V. T. Sambanthan yang semuanya menerima bahawa Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk dan telah menerapkan nilai-nilai ini dalam Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya. 

Kit Siang menarik perhatian, terdapat situasi luar biasa di Malaysia apabila ada parti politik yang bergantung kepad penipuan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian untuk mewujudkan gambaran seolah-olah kaum Melayu dan agama Islam sedang diancam. 

“Keadaan seperti ini tidak boleh dibiarkan untuk wujud demi kesihatan negara kita,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Sukan 3 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 15 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran