web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kilang Makanan Disyaki Punca Pencemaran Sebatian Penyebab Bau Di Sungai Semenyih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 12:30PM

Penduduk Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan mengisi air yang disediakan Air Selangor berikutan gangguan bekalan air ekoran henti tugas Loji Rawatan Air di Sungai Semenyih ketika tinjauan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebuah kilang berasaskan makanan di Beranang, Selangor telah dikenakan tindakan henti operasi selama dua minggu bermula semalam, kerana disyaki menjadi punca pencemaran sebatian penyebab bau (OCS) di Sungai Semenyih.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan hari ini berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor telah membuka kertas siasatan untuk mendakwa pemilik kilang yang disyaki menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas pada 31 Ogos lalu dan yang terkini pada Jumaat lepas (3 Sept).

“Siasatan oleh JAS Selangor pada Khamis dan Jumaat (2 dan 3 Sept) mendapati kilang tersebut beroperasi dan beberapa sampel pelepasan efluen perindustrian dan sampel air sungai di muka sauk telah diambil serta dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa komposisi kimia.

“Siasatan diteruskan pada tengah malam Jumaat (3 September) yang pengawasan kualiti udara dijalankan di takat pelepasan akhir kilang (sebelum ke longkang awam) telah berjaya mencerap beberapa bahan iaitu sebatian organik meruap (VOC) dalam udara yang berbau serta mempunyai persamaan dengan bahan-bahan VOC yang dikesan dalam sampel air berbau semasa kejadian henti tugas LRA Sungai Semenyih pada 31 Ogos lalu,” katanya.

KASA berkata berdasarkan petunjuk terbaru tersebut, pihak JAS telah melaksanakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap kilang di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti  Alam Sekeliling, 1974 bagi menghentikan pencemaran serta-merta dan proses pengeluaran kilang dihentikan sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Kesalahan terhadap pencemaran perairan daratan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman berdasarkan Seksyen 25(3) Akta yang sama iaitu denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya bagi setiap parameter.

KASA berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga telah mengambil bahan bukti termasuk sampel-sampel efluen dan telah membuka kertas siasatan kes ini di bawah Seksyen 121(1)(C) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) iaitu kesalahan pencemaran terhadap sumber air yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman berdasarkan Seksyen 121 (2)(B) iaitu penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

Henti tugas di LRA Sungai Semenyih berlaku akibat pencemaran OCS yang dikesan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada tahap 2 ton di muka sauk Jenderam Hilir pada jam 5.15 petang Jumaat.

Henti tugas itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Aduan Pembakaran Terbuka Di Kelantan Meningkat Hampir 80 Peratus - JAS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia