web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konon Hilang Keluarga Akibat COVID-19, Lelaki Sebar Berita Palsu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 8:33PM

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menyebarkan berita palsu tentang kematian 14 ahli keluarganya akibat COVID-19.

Suspek berusia 45 tahun yang juga seorang kakitangan kontraktor Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Kompleks Bersepadu Pengerang itu, ditahan semalam, selepas hadir ke Balai Polis Bayu Damai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, siasatan awal mendapati suspek membuat berita palsu dan bagi tujuan mendapatkan sumbangan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan suspek yang dipercayai menyebarkan berita palsu berhubung kematian 14 ahli keluarganya akibat COVID-19 bagi mendapatkan sumbangan derma.

“Hasil maklumat dan siasatan, suspek didapati melakukan penyebaran berita palsu itu sejak Jun 2021,” katanya di sini, hari ini.

Kisah ‘sedih’ suspek tular menerusi aplikasi sembang WhatsApp dan laman sosial Facebook yang mendakwa dia berdepan ujian berat akibat kehilangan ahli keluarga.

Berita palsu yang dikongsikan itu menarik simpati orang ramai sehingga mendorong mereka menghulurkan sumbangan ke dalam akaun bank milik lelaki terbabit.

Difahamkan, sejak berita itu tular, sumbangan diterima suspek mencecah RM91,000.

Semalam, polis memulakan siasatan berhubung penyebaran berita berkenaan selepas menerima laporan dibuat seorang pegawai di PETRONAS Pengerang.

Menurut Hussin, suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum melakukan sebarang sumbangan atau derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan. - Getaran, 5 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia