web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kawasan Sungai Panjang Tanah Berstatus Pertanian - PKPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 2:31PM

Pemandangan di dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara - Gambar fail Alif Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kawasan di Sungai Panjang, Sabak Bernam yang didakwa menjadi hutan gantian susulan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) sebenarnya adalah tanah berstatus pertanian.

Tanah terbabit juga, jelas jurucakap Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), adalah hak milik PKPS dan bukan berstatus Hutan Simpan Kekal (HSK) seperti disahkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPS).

Salah seorang penduduk Kampung Busut Baru meninjau kawasan hutan simpan Kuala Langat Utara baru-baru ini. - Gambar fail Alif Omar
Salah seorang penduduk Kampung Busut Baru meninjau kawasan hutan simpan Kuala Langat Utara baru-baru ini. - Gambar fail Alif Omar

Pendedahan ini sekali gus menafikan kenyataan gabungan berapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa PKPS telah menceroboh dan membuka sebahagian kawasan HSK Sungai Panjang.

“PKPS ingin menegaskan isu nyahwarta HSKLU tiada kaitan langsung dengan pihak PKPS. Kami juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kenyataan berniat jahat dan subversif bagi merosakkan imej PKPS,” katanya.

PKPS terpalit dengan kontroversi penyahwartaan HSKLU apabila perbadanan itu didakwa terbabit membangunkan tapak projek pembangunan pertanian bersepadu, dikenali sebagai Selangor Smart Agro Park (SSAP).

“PKPS ketika ini juga sedang menyiapkan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan telah mematuhi semua saranan serta arahan dari Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) sebelum memulakan kerja-kerja pembangunan di tapak SSAP.

“Ia seperti diarahkan oleh JAS menerusi surat kelulusan bertarikh 31 Mei 2021,” jelas jurucakap itu hari ini.

Katanya, tohmahan dilemparkan terhadap PKPS berkenaan jelas tidak bertanggungjawab, malah kenyataan Pengarah Global Environment Centre, Faizal Parish turut dilihat sebagai berniat jahat.

“Pihak terbabit seharusnya terlebih dahulu membuat laporan dan mendapatkan penjelasan daripada PKPS atau kerajaan negeri sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas seperti ini.

“Bagi memastikan penyebaran berita palsu seperti ini tidak berulang, PKPS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk tuntutan saman fitnah terhadap mereka dalam masa terdekat kerana cuba merosakkan nama naik PKPS,” tegasnya.

Salah seorang penduduk menanam pokok Tongkat Ali di dalam hutan simpan Kuala Langat Utara, baru-baru ini. - Gambar fail Alif Omar
Salah seorang penduduk menanam pokok Tongkat Ali di dalam hutan simpan Kuala Langat Utara, baru-baru ini. - Gambar fail Alif Omar

Penyahwartaan HSKLU diumumkan pada minggu lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dan ia dikatakan sudah dilaksanakan terlebih awal iaitu pada Mei lalu.

Pewartaan keluar tersebut bercanggah dengan usul yang diluluskan oleh kesemua ADUN Selangor pada November 2020 supaya semua hutan simpan di Selangor dikekalkan dan dipelihara dengan baik. – Getaran, 6 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia