web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semporna Terima 10,000 Dos Tunggal CanSino

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 4:39PM

Khairy Jamaluddin bertanyakan sesuatu kepada salah seorang penduduk ketika mengadakan lawatan kerja ke Program Vaksinasi Negara Di Pulau Larapan, Semporna, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Sepuluh ribu dos tunggal vaksin CanSino akan disalurkan ke daerah ini dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, kerajaan secara keseluruhan memperuntukkan 16,000 dos vaksin berkenaan di Semporna.

"Sebanyak 3,000 dos sudah disalurkan, dan 1,000 daripadanya digunakan untuk program vaksinasi di Pulau Larapan.

"Saya telah memaklumkan kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor), Sabah sekali lagi diberi keutamaan untuk menerima CanSino kerana ia lebih sesuai digunakan di sini," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Program Vaksinasi Negara Di Pulau Larapan, di sini hari ini.

Berhubung rekod jangkitan COVID-19 harian yang tinggi di Sarawak, semalam, Khairy menjelaskan 99 peratus adalah pesakit pada tahap satu dan dua.

"Hanya empat kes sahaja membabitkan jangkitan tahap tiga hingga lima di sana.

"Ini menunjukkan peralihan ke fasa endemik, seolah-olah kita hidup dengan virus tersebut, masih ada jangkitan tetapi kesan tidak teruk sangat," katanya.

Khairy memberitahu, lawatan kerja ke Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat bagi melihat sendiri perkembangan kes COVID-19 di sana. – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad