web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banduan Ketiga Lari PKRC Berjaya Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 9:00PM

Gambar menunjukkan 2 daripada 3 banduan yang melarikan diri dari PKRC Dewan Arena Tawau kelmarin. Mereka berjaya ditangkap semula oleh pihak berkuasa dalam masa 72 jam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kesemua tiga banduan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Arena Tawau, kelmarin, berjaya diberkas dalam tempoh 72 jam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, banduan ketiga, seorang warga Filipina, Jimnajir Annor  23, berjaya diberkas jam 1.30 petang, hari ini.

"Dia ditahan polis di Batu 15, Jalan Apas dan dengan penahanan tersebut, maka semua banduan yang diburu Ahad lalu berjaya ditangkap semula, sekali gus membolehkan Ops Tutup serta Ops Kesan ditamatkan serta-merta," katanya.

Menurut Peter, dua lagi banduan tersebut yang berasal dari Indonesia, Hasyim Muhamad Syata, 34, dan Niko Matheus, 25, diberkas menerusi dua serbuan berbeza di Tawau Lama dan Kampung Kinabutan, Batu 6, Jalan Apas, jam 5.30 petang.

Getaran sebelum ini melaporkan tiga banduan warga asing melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena Tawau, kelmarin.

Mereka dikesan mengopek jeriji besi tandas pada jam 12.30 tengah malam sebelum melarikan diri.

Mereka antara 16 banduan dan tahanan lokap yang ditempatkan di PKRC selepas disahkan positif COVID-19.

Sehubungan itu, polis melancarkan Ops Tutup dan Ops Kesan bagi mengesan ketiga-tiga individu berkenaan.

Selain sekatan jalan raya, kawalan dan pemeriksaan turut dilakukan di sempadan daerah termasuk Pusat Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ). – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia