web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Farmasi Kelantan Patuh Jual Kit RTK Ikut Harga Ditetapkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 9:18PM

Adnan Abd Rahman mengadakan tinjauan di sebuah farmasi di Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Semua farmasi di Kelantan patuh apabila menjual kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, pengesahan itu diperoleh hasil daripada pemeriksaan terhadap 204 farmasi di seluruh negeri termasuk pada hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati, semua premis terbabit menjual kit ujian dengan harga siling iaitu RM19.90 dan RM16 untuk harga maksimum borong.

"Pengguna boleh mendapatkan kit ujian kendiri dengan harga lebih murah dan boleh membeli dalam bilangan yang besar untuk kegunaan di rumah. 

"Kit ujian itu telah diwartakan sebagai barangan harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 berkuatkuasa 5 September lalu," katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaan di sebuah farmasi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Adnan berkata, pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa KPDNHEP sentiasa dipertingkatkan di seluruh negeri dan daerah bagi memastikan peniaga mematuhi harga jualan ditetapkan.

Beliau berkata, peniaga dan pengusaha farmasi diberi tempoh selama seminggu bermula kelmarin, untuk membuat penyesuaian serta penyelarasan harga mengikut harga siling yang telah ditetapkan.

"Peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Jika sabit kesalahan bagi individu, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala untuk syarikat, boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun maksimum RM250,000," katanya.

Pada masa sama Adnan berkata, pihaknya turut menjalankan Ops Samar menggunakan kaedah penyamaran sebagai orang awam dan membuat pemeriksaan terhadap barangan yang dijual, bagi memastikan mereka mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua ditetapkan.

Katanya, sebanyak 604 premis telah diperiksa menerusi pelaksanaan Ops Samar bermula 18 Ogos lalu.

“KPDNHEP juga mengeluarkan 63 kompaun, hasil pemeriksaan terhadap premis yang tidak mematuhi SOP, bermula daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu sehingga semalam.

 "Daripada jumlah itu sebanyak 20 kes membabitkan individu, manakala 43 tindakan dikenakan ke atas kepada syarikat hasil pemeriksaan terhadap 19,022 premis. Jumlah kompaun yang ditawarkan adalah sebanyak RM360,000.

"Adalah diingatkan, bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi semua peraturan ditetapkan," katanya. - Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia