web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kilang Sarung Tangan Getah Diarah Henti Kerja Ubahsuai Selepas Pekerja Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:42AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah mengeluarkan satu notis larangan serta merta (NOP) bagi menghentikan semua aktiviti pengubahsuaian dan menaik taraf salah satu bahagian di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Jalan Kapar, Klang, dekat sini, selepas seorang pekerjanya dilaporkan meninggal dunia akibat terjatuh dari satu platform tinggi semasa bekerja Ahad lepas.

Pejabat Pengarah JKKP Selangor dalam kenyataan semalam memaklumkan susulan insiden itu, pihaknya mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat menjalankan siasatan awal dan mendapati pekerja lelaki warga Myammar itu pada mulanya ditugaskan oleh majikan untuk mengecat steel walkaway platform di tingkat enam kilang berkenaan.

Menurutnya lelaki itu dipercayai tergelincir lalu jatuh dari platform yang tidak diadang daripada ketinggian 15 meter, ke atas lantai kilang dan dia tidak dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Susulan itu JKKP Selangor memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, melakukan penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.

“Ini adalah bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelak berlakunya kemalangan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya kemalangan berkenaan boleh dielakkan jika majikan melakukan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan yang berumur 60 tahun disahkan mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

JKKP Siasat Insiden Pekerja Kilang Kitar Semula Maut Ketika Lakukan Pembersihan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JKKP Siasat Punca Tiang Besi Kren Hempap Pekerja Asing

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Smart Glove Syarikat Tempatan Terbaharu Dikenakan Sekatan Memasuki AS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

11 Aktiviti Ekonomi Dibenar Kembali Beroperasi Dalam Fasa 1 PPN - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia