web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKKP Siasat Punca Tiang Besi Kren Hempap Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Dec 2021 3:16PM

Keadaan besi kren yang jatuh menghempap seorang pekerja asing. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Punca sebenar kejadian seorang pekerja warga asing maut dihempap tiang besi kren di tapak pembinaan di Kuala Lumpur semalam sedang disiasat, kata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Menurut JKKP, pihaknya kini telah mengeluarkan notis melarang kerja-kerja mengangkat agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Saksi-saksi berkaitan juga akan dipanggil untuk dirakamkan keterangan.

“JKKP akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab jika didapati terdapat pelanggaran bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, dan Akta Kilang dan Jentera 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut JKPP lagi, pihaknya memandang serius setiap kemalangan yang melibatkan pekerja mahupun orang awam.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisa risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” katanya lagi.

Semalam, seorang pekerja warga Indonesia dilaporkan maut apabila struktur besi yang tergantung pada kren jatuh menimpanya di tapak pembinaan di Kuchai Lama Entrepreneurs Park.

Mangsa yang berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut JKKP, kejadian itu berlaku ketika pekerja terbabit sedang menjalankan kerja-kerja merombak komponen kren menara.

“Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja selesai melepaskan ikatan ‘chain sling’ pada mast kren menara yang dirombak setelah diletakkan di permukaan tanah.

“Bagaimanapun, ia tumbang dan menimpa mangsa,” ujarnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan yang bertugas dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. - Getaran, 30 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

JKKP Siasat Insiden Pekerja Kilang Kitar Semula Maut Ketika Lakukan Pembersihan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kilang Sarung Tangan Getah Diarah Henti Kerja Ubahsuai Selepas Pekerja Maut

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PKPD: Pekerja Selain Perkhidmatan Perlu Tidak Boleh Bekerja Di Pejabat - Saravanan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

JKKP Panggil Pengurusan Tertinggi Kontraktor Siasat Insiden SUKE

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia