web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


11 Aktiviti Ekonomi Dibenar Kembali Beroperasi Dalam Fasa 1 PPN - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 11:22AM

Kedai gunting rambut antara dibenar beroperasi esok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelas sektor dibenarkan mula beroperasi esok di negeri yang berada di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan  Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Keputusan ini juga dapat dicapai, setelah pihak kerajaan mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh dalam sektor berkepentingan.

“Antara 11 jenis aktiviti ekonomi yang dibenarkan kembali beroperasi ialah kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta, pusat pengedaran dan jualan kereta.

“Pasar pagi dan pasar tani, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja),” katanya.

Beliau memberitahu, beberapa prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan perlu dipatuhi oleh empat sektor khusus iaitu kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barangan kemas serta kedai gunting rambut atau salun kecantikan.

“Ia termasuk memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan, serta tidak membenarkan penggunaan fitting room.

“SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya.

Dalam hal ini jelas beliau, kedai gunting rambut hanya dibenar untuk memberikan perkhidmatan asas sahaja.

Perdana Menteri berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) terlebih dahulu.

“Ini bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan dos kedua vaksin sudah dilengkapkan sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh suntikan berkenaan diambil sebelum mengunjungi kesemua premis terbabit.

“Suntikan vaksin jenis satu dos pula perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 28 hari dari tarikh ia diterima,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 3 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut