web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cherating Lesu, Perlu Bantuan Untuk Kekal ‘Bernyawa’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 8:30AM

Kawasan Cherating masih lengang walaupun sektor pelancongan domestik sudah dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat di Pahang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pernah disenaraikan antara lokasi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara, nama Cherating seolah-olah makin ‘tenggelam’ dari peta destinasi tumpuan utama sejak kedatangan COVID-19 di Malaysia awal tahun lalu.

Penutupan terlalu lama sektor pelancongan menyaksikan ramai pengusaha chalet dan produk pelancongan di kawasan berkenaan sudah buntu dan tinggal nyawa ikan, tersepit antara meneruskan khidmat mereka atau terpaksa ‘tutup kedai’ kerana tidak lagi mampu menanggung kos operasi.

Walaupun ada usaha kerajaan negeri membantu operator pelancongan di Pahang, namun ia tidak banyak meringankan beban dipikul pengusaha chalet dan inap desa di sekitar Pantai Cherating.

Mohd Hafiz menunjukkan antara bot digunakan bagi membawa pelancong menyusuri Sungai Cherating untuk melihat kelip-kelip.
Mohd Hafiz menunjukkan antara bot digunakan bagi membawa pelancong menyusuri Sungai Cherating untuk melihat kelip-kelip.

Pemilik Hafiz Cherating Activities, Mohd Hafiz Abdul Majid, 51, mengakui sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan keputusan kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, dia terpaksa menyusun semula perbelanjaan bagi mengelak daripada terus menanggung kerugian.

 “Jika dulu, kami mempunyai antara lima hingga tujuh bot untuk ditawarkan kepada pengunjung bagi melihat kelip-kelip di sepanjang Sungai Cherating, tapi sekarang, kami hanya boleh menyediakan sebiji bot sahaja untuk satu keluarga.

“Ini sudah tentu membebankan kami yang masih perlu menanggung kos operasi seperti biasa, bil elektrik dan air serta pelbagai lagi perbelanjaan bagi menguruskan tempat ini,” katanya yang sudah mengusahakan perkhidmatan berkenaan sejak 14 tahun lalu.

Hafiz berkata, walaupun kerajaan negeri mengumumkan sektor pelancongan domestik sudah boleh dibuka sejak awal bulan ini, namun jumlah kedatangan pelancong masih belum dapat mengatasi kos operasi ditanggung kebanyakan operator di Cherating.

“Mereka (pelancong) masih belum berani untuk datang, kami pun belum bersedia sepenuhnya kerana banyak benda perlu diteliti, seperti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan (lengkap) dua dos vaksin. Begitu juga kebenaran merentas negeri yang belum diberikan kerajaan, ini juga menyukarkan kami bangkit selepas terduduk sejak tahun lalu.

“Benda seperti ini masih belum jelas dan buat masa ini, pembukaan sektor pelancongan (domestik) tidak banyak mengubah suasana Cherating yang sebelum ini meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Baharudin berharap aktiviti rentas negeri dapat dibenarkan bagi tujuan melancong untuk memastikan sektor pelancongan kembali bernafas.
Baharudin berharap aktiviti rentas negeri dapat dibenarkan bagi tujuan melancong untuk memastikan sektor pelancongan kembali bernafas.

Sementara itu, pengusaha chalet dan kedai makan, Baharudin Zahid, 60, berkata, kerajaan perlu  meneliti jenis bantuan paling sesuai bagi menyokong sektor  pelancongan, terutamanya lokasi tumpuan pelancong yang bersifat bermusim seperti pulau dan kawasan pantai di negeri ini.

“Industri pelancongan bermusim di pulau dan pantai berbeza dengan lokasi yang boleh dikunjungi sepanjang tahun. Macam di Cherating, walaupun lokasi ini menjadi tumpuan ketika Monsun Timur Laut bagi peminat sukan luncur air, tapi boleh dikatakan sepanjang tahun boleh dikunjungi.

“Jadi, bentuk bantuan juga sepatutnya berbeza dengan pengusaha (pelancongan) di tempat lain. Kami di sini sudah dalam keadaan ‘tenat’ dan kalau sektor pelancongan tidak boleh dibuka secepat mungkin, memang bermasalah untuk kami teruskan,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia