web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KMUM Tuntut KPT, UM Penuhi 11 Permintaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 3:41PM

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya berkata pihaknya percaya KPT dan UM berusaha untuk menjamin keselamatan warga kampus. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaya (UM) perlu memenuhi 11 tuntutan pelajar universiti awam itu bagi memudahkan proses kemasukan ke kampus serta menjamin keselamatan mereka dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) 2021, berkata pihaknya percaya KPT dan UM berusaha untuk menjamin keselamatan warga kampus, namun tuntutan ini dibuat bagi melancarkan kemasukan selepas mengambil kira pelbagai aspek, terutama kapasiti kemudahan serta ruang untuk penempatan pelajar berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Tuntutan pertama adalah kemasukan mahasiswa hanya dilakukan sekiranya data vaksinasi terkini mahasiswa menunjukkan bahawa sudah ramai melengkapkan vaksinasi bagi memastikan imuniti kelompok dicapai. Data terbabit perlu ditunjukkan secara umum.

“Kami juga mahu status kemasukan mahasiswa diutamakan kepada mereka yang berkeperluan dan sudah divaksinasi sepenuhnya,” katanya hari ini.

KMUM berkata, pihaknya turut menuntut kelonggaran diberikan kepada mahasiswa baharu bukan berkeperluan untuk memohon pengecualian daripada pendaftaran fizikal, sekiranya terdapat kekhuatiran daripada keluarga atau membabitkan situasi tertentu.

Jelasnya, kit ujian calitan COVID-19 juga perlu disediakan kepada setiap mahasiswa yang mendaftar masuk secara fizikal ke kampus untuk menjalani proses pemeriksaan berkenaan.

Selain itu, katanya, pihak terbabit diminta mempercepatkan pembukaan Kolej Kediaman ke-13 bagi meningkatkan kapasiti penginapan untuk menampung jumlah pendaftaran masuk mahasiswa secara fizikal.

“Kami turut menuntut supaya mahasiswa dibenarkan menggunakan klinik universiti atau Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mahasiswa Universiti Malaya, selain membenarkan mahasiswa yang sudah menerima dos pertama vaksin di negeri asal mereka untuk melengkapkan suntikan di PPV UM.

“KPT dan UM juga dituntut memberikan subsidi untuk menampung kos wang cagaran rumah sewa kepada mahasiswa yang tidak mendapat tempat di kolej kediaman universiti,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya menuntut supaya subsidi kos penerbangan diberikan kepada mahasiswa dari Borneo kerana pengumuman berhubung pendaftaran dan kemasukan dikeluarkan KPT agak lewat, sekali gus menyebabkan mereka gagal mendapatkan tiket perjalanan murah.

Mengulas lanjut KMUM berkata, notis lebih jelas perlu disediakan kepada pelajar antarabangsa mengenai status kemasukan mereka ke kampus kerana mereka memerlukan tempoh masa lebih satu bulan untuk pemprosesan visa, ujian calitan dan menjalani proses kuarantin.

Katanya, pihaknya turut menuntut pelajar antarabangsa dibenarkan menjalani proses kuarantin di kolej kediaman sebagai langkah penjimatan kerana kos kuarantin di hotel mencecah sehingga RM4,000 yang agak membebankan.

“Tuntutan terakhir kami adalah KPT dan UM perlu melibatkan wakil KMUM dalam proses penetapan SOP lebih jelas mengenai kemasukan pelajar ke kampus dan kolej kediaman.

“Justeru, KMUM menegaskan bahawa KPT dan UM perlu merangka strategi kemasukan mahasiswa dengan lebih teliti supaya isu ‘u-turn’ tidak berulang,” katanya. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

4

Teknovasi 8 bulan yang lalu

Perkasakan Tulisan Jawi Dengan Al

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia