web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:06AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika Malaysia lantang memperjuangkan nasib Palestin dan menentang kezaliman Zionis, sebuah universiti awam tersohor negara pula tampil dengan pendirian seakan bercanggah.

Kini hebat menerima kecaman, Universiti Malaya (UM) menerusi satu seminar kelmarin dilihat mengundang tokoh akademik kontroversi dari Amerika Syarikat (AS), Bruce D Gilley untuk menyampaikan ceramah.

Dianjurkan oleh Institut Kajian China (ICS), seminar dikenali sebagai ‘Reassessing Republican China’ itu menampilkan Gilley sebagai antara penceramah.

Terkenal dengan pandangan yang sering menyinggung sensitiviti ramai, pensyarah Sains Politik itu pada seminar berkenaan menzahirkan pandangan pro Zionis, sekali gus secara tidak langsung menentang dasar dan pendirian kerajaan Malaysia.

“Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong holokus kedua terhadap kaum Yahudi tidak mungkin tampil sebagai pihak yang serius dalam hal ehwal dunia, dan tidak mungkin menjadi rakan AS,” katanya.

Bruce D Gilley. gambar Portland State University
Bruce D Gilley. gambar Portland State University

Petikan ucapan tersebut turut dimuat naik di X, dan bagai dijangka, menerima reaksi ‘panas’ pelbagai pihak.

Pengarah Eksekutif BERSIH, Ooi Kok Hin misalnya berkata, menyampaikan ucapan yang menyinggung sensitiviti kerajaan jelas menggambarkan sikap mementingkan diri dimiliki Gilley. 

“Kenyataan tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja tidak benar, tetapi turut menjejaskan kerjaya penganjur. Tapi awak memang tak kisah kan? Tahu konteks sebenar tapi masih meneruskan agenda anda.

“Ia bukan ucaptama. Jangan membesarkan cerita untuk meraih pengiktirafan,” katanya keras.

Tinjauan Getaran bagaimanapun mendapati ciapan Gilley itu sudah dipadamkan, dipercayai setelah menerima ‘tekanan’ pelbagai pihak.

Menerusi ciapan terbaru, beliau memberitahu sudah memadam ciapan asal kerana tidak mahu mendatangkan masalah kepada penganjur.

“Saya telah memadam kenyataan di bawah atas faktor keselamatan dan kesejahteraan rakan sejawat saya di UM, yang telah mengambil tindakan susulan kemarahan pelajar.

“Petikan daripada ucaptama itu ialah pandangan peribadi saya. Saya amat menyesali sebarang kemudaratan yang telah berlaku ke atas rakan akademik saya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya sudah mengarahkan supaya sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.

Menurut beliau, UM juga sudah diminta melakukan siasatan dan menghantar laporan pada kadar segera.

“KPT mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

“Suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan,” katanya.

Tegas Zambry, setiap keputusan yang diambil perlu mengambilkira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan.

“Walaupun IPT (institut pengajian tinggi) diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Sekadar info, Gilley pada 2017 mencetuskan kritikan ramai susulan penerbitan sebuah rencana yang menyokong kolonialisme, bertajuk ‘The Case of Colonialisme’.

Rencana itu yang diterbitkan dalam edisi atas talian jurnal saintifik ‘Third World Quaterly’ turut membawa kepada peletakan jawatan 15 ahli lembaga jurnal berkenaan. - Getaran, 25 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan