web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib, Rosmah, Pemilik Firma Barang Kemas Lubnan Periksa 11,991 Unit Barang Kemas Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 3:50PM

Najib (kanan) dan Rosmah akan memeriksa barang kemas yang disita mengikut prosedur operasi standard BNM. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh akan memeriksa 11,991 unit barang kemas yang disita polis dan kini disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM), bulan depan.

Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin semasa dihubungi berkata pihak-pihak terlibat bersetuju untuk memeriksa barang kemas itu bermula 25 Okt hingga 5 Nov.

 “Pemeriksaan akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) BNM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan COVID-19,” katanya kepada Bernama selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini.

Pemeriksaan barang kes tersebut yang kini disimpan dalam lebih 90 buah kotak telah ditangguh beberapa kali disebabkan pandemik COVID-19.

Najib, Rosmah dan Global Royalty merupakan pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki oleh Tan Sri Bustari Yusof.

Pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan perlucutan hak terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia