web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Akan Panggil Guan Eng Bantu Siasatan Ingkar Kuarantin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:18PM

Guan Eng menafikan yang beliau melanggar perintah kuarantin kendiri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis akan memanggil Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ingkar arahan kuarantin kendiri dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 September lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata keterangan Ahli Parlimen Bagan itu akan diambil selepas beliau selesai menjalani kuarantin kendiri yang tamat esok.

“Siasatan kes itu diklasifikasikan sebagai kertas enkuiri polis dan setakat ini, polis telah menerima tiga laporan berhubung isu berkenaan, kami sudah merekodkan keterangan tiga individu iaitu mereka yang membuat laporan berhubung perkara tersebut.

“Selain itu, polis merekodkan keterangan daripada pihak Setiausaha DUN dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng yang didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Jurucakap Pemuda Gerakan negeri Mohd Aswaad Jaafar mempersoal kehadiran Guan Eng ke persidangan DUN itu sedangkan beliau telah diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.

Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menafikan dakwaan bahawa beliau telah melanggar syarat kuarantin kendiri.

Guan Eng berkata beliau hanya dimaklumkan pada 2 September berhubung perkara itu selepas menghadiri persidangan DUN.

“Tuduhan bahawa saya langgar syarat kuarantin dan keluar ke tempat awam untuk mengedarkan bakul makanan kepada penduduk pada 2, 4 dan 8 September adalah tidak benar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya beliau hanya menerima arahan rasmi daripada KKM pada 6 September untuk menjalani kuarantin kendiri dari 1 hingga 10 Sept yang mewajibkan Guan Eng memakai gelang merah jambu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia