web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Melancong, Pemain Industri Tarik Nafas Lega

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 9:03AM

Gelagat kanak-kanak bermandi-manda semasa menikmati cuti hujung minggu bersama ahli keluarganya di Pantai Telok Kemang, pada 5 September. - Gambar Bernama 


Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran merentas daerah dan melancong di negeri sama, termasuk penginapan di hotel dan inap desa bagi individu yang telah melengkapkan dos vaksin masing-masing memberi nafas lega kepada semua pemain industri berkaitan.

Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad berkata, pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu secara tidak langsung adalah berita gembira yang dapat memulihkan semula sektor pelancongan setelah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang membenarkan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bagi kawasan Lembah Klang berkuat kuasa hari ini, dapat merancakkan semula pertumbuhan sektor berkenaan dan ekonomi negara.

Dr Fathir Badri Alhadad
Dr Fathir Badri Alhadad

“Keputusan ini merupakan satu langkah melegakan pihak industri, selepas lama terjejas. Pembukaan pelancongan domestik yang dibuat secara berperingkat dapat memberikan sinar buat penggiat industri, selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan yang digariskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kami berasa sangat gembira, cuma masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus menular,” katanya kepada Getaran.

Dr Fathir berkata, sektor pelancongan memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk pulih walaupun kerajaan sudah membenarkan ia beroperasi seperti biasa mengikut SOP ditetapkan.

“Kita sedia maklum, terdapat ratusan hotel yang tutup, jadi dengan kelonggaran ini, perhotelan akan mula beroperasi tetapi strategi perlu disusun dan dirombak kembali. Ketika negara berdepan jumlah kes COVID-19 yang meningkat, ramai pekerja perhotelan mahupun agensi pelancongan hilang kerja dan tiada pendapatan.

“Jadi kami harap, menerusi pengumuman ini, ia dapat membuka semula peluang pekerjaan kepada mereka yang sebelum ini hilang punca pendapatan,” katanya.

Beliau yang juga pengusaha agensi pelancongan turut menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan dan mempercepatkan operasi premis seumpama itu bagi membantu sektor berkaitan kembali bernafas.

“Kami sangat berharap agar kerajaan memberikan kebenaran untuk agensi pelancongan beroperasi seperti biasa.

“Jika syarikat agensi pelancongan sudah mula diberikan kebenaran untuk beroperasi, secara tidak langsung ia dapat membantu kerajaan untuk memulihkan sektor ini.

“Sekiranya hanya hotel sahaja dibuka, tidak ada pihak yang boleh membantu mempromosikan semua hotel tersebut,” jelasnya.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan peralihan ke fasa dua PPN, membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang diputuskan menerusi mesyuarat yang diadakan pada Rabu.

Menerusi peralihan fasa itu, kelonggaran SOP turut diberikan bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

Antara ketetapan diputuskan ialah membenarkan aktiviti sukan tertutup, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin.

Fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup (indoor) pula dibenarkan beroperasi dengan kawal selia iaitu hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin serta perlu dibuat menerusi temu janji dan mematuhi SOP ditetapkan. - Getaran, 10 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 7 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 1 tahun yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia