web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Doktor Terlampau Rakam Aksi Pekerja Dalam Tandas Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 9:50AM

Mohamad Fakhrudin berkata suspek ditahan di Petaling Jaya pada jam 7.30 malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan melampau seorang doktor yang disyaki merakam aksi pembantunya ketika berada di dalam tandas di sebuah klinik swasta membawa padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Perbuatan lelaki berusia 46 tahun itu disedari mangsa kira-kira jam 2 petang, selepas melihat satu telefon bimbit berada di kedudukan tinggi dengan aplikasi kamera terpasang ketika memasuki tandas berkenaan.

Wanita berusia 30 tahun itu kemudian mengambil telefon bimbit tersebut dan meluru keluar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa bertindak demikian kerana terkejut dengan perbuatan suspek selain berasa malu dan terganggu.

“Bagaimanapun, tindakan mangsa yang mahu keluar daripada klinik secara tergesa-gesa disedari oleh suspek dan lelaki itu bertindak menghalangnya.

“Suspek kemudian meminta mangsa memulangkan semula telefon itu dan berjanji akan menghapuskan rakaman berkenaan di hadapannya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa bersetuju menyerahkan kembali telefon bimbit berkenaan kepada suspek dan lelaki itu juga menunjukkan yang dia memadam rakaman tersebut di hadapan mangsa.

“Bagaimanapun, wanita itu tidak nampak apakah kandungan rakaman yang dipadamkan oleh suspek.

“Justeru, mangsa membuat satu laporan polis pada jam 2.30 petang, semalam,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, ekoran aduan yang diterima daripada mangsa itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan suspek di sebuah lokasi di Petaling Jaya kira-kira jam 7.30 malam tadi.

“Kita turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia