web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Kecil Siap Siaga Pembukaan Sekolah Dibentuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:09PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Satu jawatankuasa kecil di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan bakal ditubuh sebagai persediaan menghadapi pembukaan semula sesi persekolahan 4 Oktober depan.

Pengerusinya, Rithuan Mohd Ismail berkata, penubuhan jawatankuasa kecil itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan bagi menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan melaksanakan kerja-kerja sanitasi sekolah.

“Ini merupakan antara peranan JPBD dalam membantu Jabatan Pendidikan Labuan bagi memastikan semua sekolah serta persekitarannya bersih dan terjamin bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kerja-kerja sanitasi akan dilaksanakan bermula minggu depan, dengan dikendalikan Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM),” katanya kepada media di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga akan menugaskan pasukan khas bagi memantau pematuhan SOP di semua sekolah terbabit secara berkala.

Rithuan Mohd Ismail
Rithuan Mohd Ismail

“Ini bagi memastikan pematuhan SOP sentiasa diamalkan oleh setiap pelajar, khususnya pada waktu puncak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohammad memaklumkan, pihaknya kini sedang merangka beberapa libat urus bersama Jabatan Kesihatan Labuan, pemimpin masyarakat serta ibu bapa bagi memastikan sesi pembukaan sekolah berjalan dengan  lancar.

“Kita akan mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat dengan pihak Jabatan Kesihatan Labuan bagi mendapatkan pandangan dari aspek pelaksanaan SOP.

“Ia adalah bagi memastikan semua pelajar ini yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan selamat dan terlindung daripadw ancaman COVID-19,” katanya. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Selamatkan Lebih 100 Rumah Kayu

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Azalina, Fahmi Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Berkaitan Jenayah Siber

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia