web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Miliki 9 Rekod Jenayah Ditangkap Samun Warga Emas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:53PM

Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah ditangkap pihak polis di kediamannya di Jalan Nanas Barat,Kuching, selepas menyamun warga emas bersenjatakan pisau awal pagi semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah sekali lagi ditangkap pihak polis selepas menyamun warga emas dengan bersenjatakan pisau awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, suspek yang berusia 31 tahun ditangkap pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak jam 2.45 petang di kediamannya di Jalan Nanas Barat, kira-kira sembilan jam selepas menyamun mangsa.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan suspek yang turut bersama menyamun mangsa berusia 70 tahun itu masih bebas dan sedang diburu pihak berkuasa.

“Mangsa membuat laporan disamun dua lelaki sekitar jam 5.30 pagi bertempat di Jalan Sungai Maong Kiri.

“Dalam kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat bergelut dengan seorang daripada suspek,” katanya hari ini.

Ahsmon berkata, mangsa diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Umum Sarawak(HUS).

“Ketika kejadian mangsa sedang berjalan seorang diri untuk pusat bandar dan kerugian RM150 selepas wang tunai miliknya dilarikan suspek.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek memiliki sembilan  rekod jenayah melibatkan kekerasan, harta benda dan kesalahan berkaitan dadah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan tanpa senjata api, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia