web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seludup Daun Ketum Guna Lori Simen, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 9:35PM

Sebahagian daripada 5,560kg ketum yang disembunyikan di dalam lori tangki simen di Chekok, Tok Uban, Kelantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum menggunakan lori tangki simen kandas di tengah jalan, apabila mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Chekok, Tok Uban hari ini.

Pemandu dan kelindannya yang berumur 35 dan 46 tahun itu ditahan pada jam 2.30 pagi tadi.

Susulan penahanan, polis turut merampas 5,560 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM200,000 yang diletakkan di dalam tangki lori jenis Volvo itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mengangkut daun ketum dengan menggunakan lori tangki simen adalah modus operandi terbaru penyeludup.

Menurut beliau, polis membuat pemerhatian selama satu jam sebelum menahan lori tangki simen itu yang disyaki bergerak menggunakan laluan Tanah Merah ke Machang.

"Polis mengekori lori berkenaan di SJR Chekok sebelum membuat pemeriksaan terhadap kenderaan itu tetapi tidak menemui sebarang bahan terlarang.

“Soal siasat ke atas kedua-dua mereka bagaimanapun membawa kepada penemuan plastik hitam yang mengandungi daun ketum di dalam tangki lori,” katanya dalam sidang media di IPD Pasir Mas di sini.

Shafien memberitahu, kesemua daun ketum itu diambil dari bahagian utara Malaysia untuk diseludup ke negara jiran, kerana mendapat permintaan tinggi di sana.

“Kami yakin kawasan Pasir Mas dijadikan sebagai lokasi transit sebelum daun ketum terbabit diseludup melalui jalan sungai yang tidak diwartakan.

“Siasatan juga mendapati, lori tangki simen itu adalah milik persendirian pemandu yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu dan suspek dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ dengan menerima upah RM3,000 untuk satu perjalanan,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala kelindan pula disahkan memiliki mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Kedua suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi menjalani siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Getaran, 14 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia