web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Bakal Negeri Pertama Laksana Hudud

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 9:13PM

Satiful Bahri Mamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Terengganu bakal  menjadi negeri pertama yang akan menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002.

Exco Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri sedang menunggu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 diluluskan di Parlimen.

“InsyaAllah dalam masa terdekat kita berharap RUU 355 diluluskan, sekali gus memberi ruang seluasnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan syarak ini kepada 96 peratus rakyat Terengganu yang beragama Islam tanpa melibatkan penganut agama lain.

“Mahkamah syariah Terengganu bersedia pada bila-bila masa untuk membuat atau melaksanakan hudud dan qisas berdasarkan bidang kuasa ditetapkan,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu, kerajaan negeri sudah menguatkuasa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan merancang akan memperketatkan lagi undang-undang tersebut pada tahun depan sementara menunggu RUU355 diluluskan.

Pada masa sama beliau berkata, beberapa siri bengkel dan dialog membabitkan penguat kuasa, pihak pendakwa dan hakim syarie telah dilaksanakan secara berperingkat ke arah persiapan dan persediaan Terengganu dalam melaksanakan hukuman hudud dan qisas.

“Siri bengkel dan dialog itu turut membolehkan kerajaan negeri mengkaji semula peruntukan dalam enakmen hudud dan qisas yang dibuat pada 2002 itu dari segi kesesuaian, seiring peredaran masa,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia