web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NADMA Hulur Sumbangan Bantu Mangsa Banjir Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:29PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperuntukkan RM18,241,250 kepada Sabah bagi melancarkan proses pengurusan banjir demi kebajikan rakyat yang terjejas bencana itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu merangkumi 2,000 unit kit makanan berjumlah RM160,000, 2,500 unit C-Tent (RM 961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM 20,000), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana 22 daerah (RM1,100,000) dan pengurusan operasi COVID-19 (RM16,000,000).

“Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam.

“Saya turut bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban,” katanya hari ini.

Beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di negeri itu dilanda banjir serta tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, setakat jam 8 pagi tadi, seramai 68 mangsa banjir daripada 27 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah itu membabitkan seramai 39 orang daripada 21 keluarga di Penampang, manakala 29 mangsa terdiri daripada sembilan keluarga di Putatan.

APM Sabah turut menasihatkan orang awam sentiasa berwaspada dengan situasi banjir serta tanah runtuh di seluruh negeri ketika ini. – Getaran, 16 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia