web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Villa Mewah Jadi Buruan Pelancong Di Langkawi - LTA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:23PM

Langkawi kembali menjadi tumpuan pelancong selepas gelembung pelancongan dilaksanakan di pulau berkenaan bermula hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Meskipun harganya agak mahal, namun villa dilengkapi kolam renang peribadi mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Langkawi bersempena pembukaan semula sektor pelancongan di pulau legenda itu, hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainuddin Kadir, keadaan itu mungkin disebabkan para pengunjung merasakan pilihan tersebut lebih selamat buat mereka.

Katanya, kesemua 200 villa yang dimiliki oleh ahli-ahli persatuan itu habis ditempah oleh pengunjung yang kebanyakannya datang dari Kuala Lumpur dan Selangor.

"Selain itu saya difahamkan tempahan bilik di hotel bertaraf lima bintang juga mencecah 80 peratus, begitu juga hotel kecil yang turut mendapat sambutan.

“Saya difahamkan 70 peratus bilik hotel kecil telah ditempah dengan kebanyakan hotel yang berada di Pantai Chenang, sudah pun penuh," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Tambahnya, keadaan itu menampakkan sinar kepada sektor pelancongan Langkawi yang sebelum ini terjejas teruk berikutan penularan COVID-19.

"Segala langkah keselamatan sememangnya dititik beratkan dalam menerima kedatangan pengunjung ke sini,  malah pelancong juga perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 terlebih dahulu sebelum berangkat ke Langkawi.

“Atas faktor itu, kami yakin dengan langkah untuk membuka sektor pelancongan ini apatah lagi semua pihak tampak bertekad untuk memastikan kesilapan lalu tak berulang hingga menyebabkan sektor pelancongan di sini ditutup," katanya.

Sementara itu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan sasaran kehadrian 200,000 pelancong domestik ke Langkawi menjelang penghujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, untuk bulan ini saja, sekitar 30,000 pelancong dijangka masuk ke pulau legenda itu susulan pembukaannya di bawah projek gelembung pelancongan bermula hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) selepas menyambut ketibaan 159 pelancong yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – Getaran, 16 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad