web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gunung Kinabalu Dibuka Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 9:12PM

Gunung Kinabalu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu yang merupakan tarikan utama pelancong di daerah Ranau kini kembali dibuka bagi aktiviti pendakian.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr. Maklarin Lakim berkata, kebenaran itu turut mencakupi operasi semua pejabat dan stesen TTD bermula hari ini.

Menurut beliau, orang ramai bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

"Hanya pelawat atau pendaki yang lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan masuk destinasi berkenaan.

"Kita juga meletakkan syarat bahawa kebenaran itu hanya terpakai ke atas individu berusia antara 12 hingga bawah 70 tahun sahaja, serta menetap di daerah sama,” katanya.

Maklarin berkata, jumlah pelawat juga dihadkan kepada hanya 100 sehari untuk setiap destinasi lawatan (setiap sub stesen dan pulau).

Katanya, semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada SOP Pengoperasian Stesen TTS Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa ke-2, Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah yang sedang berkuatkuasa.

“Kerajaan negeri bagaimanapun memutuskan bahawa tiga destinasi lawatan masih ditutup iaitu Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan, Pulau Bohey Dulang, Taman Marin Tun Sakaran di Semporna dan Sub Stesen Kimanis, serta Taman Banjaran Crocker di Keningau.

“Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan hanya akan dibuka pada 20 September ini manakala tarikh pembukaan dua lagi lokasi akan dimaklumkan kemudian,” katanya. – Getaran, 16 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia