web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berat Hati Tinggalkan Rumah, Petanda Bakal Hilang Isteri Dan Bayi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 9:05PM

Mayat salah seorang mangsa tanah runtuh di Forest Hill, Jalan Bundusan, dibawa keluar dari celah runtuhan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kebimbangan seorang suami untuk meninggalkan keluarga termasuk isteri yang sarat hamil nyata berasas apabila insan tersayangnya itu dan seorang anak mereka maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Jalan Bundusan, semalam.

Zul Azmil Omar, 34, yang keluar untuk membantu seorang rakan bagi membuat kerja di luar sempat berpesan agar mangsa menghubunginya jika memerlukan apa-apa.

Pemuda itu memberitahu, dia meminta kebenaran wanita tersebut untuk keluar dan diizinkan isterinya yang turut memaklumkan, segala keperluan di rumah mereka mencukupi dan tidak ada apa perlu dirisaukan.

"Ketika keluar dari rumah, saya memang perasan keadaan cuaca kurang bagus dan kira-kira jam 2 petang hujan mulai turun. Sekitar jam 3 petang, hujan mula lebat.

"Sekitar jam 3.30 petang, saya terima panggilan telefon yang meminta saya agar segera kembali ke rumah. Saya segera pulang, namun perjalanan memakan masa berikutan banjir di beberapa tempat," katanya.

Zul Azmil Omar
Zul Azmil Omar

Zul Azmil yang merupakan seorang pekerja di pusat binaan, berkata, dia dimaklumkan bahawa isteri dan seorang anaknya meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh itu, sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Saya tak tahu bagaimana harus digambarkan perasaan ini ketika menerima berita itu.

“Segala keindahan hancur, terasa seolah langit runtuh menimpa apatah lagi isteri sedang hamil dan anak kami itu juga baru berusia lapan bulan,” katanya sambil menyeka air mata.

Meski terlalu sedih dengan tragedi itu, dia tetap bersyukur kerana seorang lagi anaknya terselamat dari maut.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, seorang wanita dikenali sebagai Salmah Hamid, 25, dan anaknya, Dayana Zul Azmil berumur lapan bulan serta seorang lagi kanak-kanak dikenali sebagai Rosatima Asbirin berusia lima tahun maut dunia selepas terperangkap dalam runtuhan tanah.

Tiga lagi mangsa dikenali sebagai Risdah Jabin, 22, Norsirah Asbirin, 3 dan Juliana Zul Azmil bagaimanapun terselamat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian. – Getaran, 16 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia