web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Ayam Kelantan Turun 50 Sen Sekilogram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 5:24PM

33 peniaga bersetuju menurunkan harga sekitar 10 hingga 50 sen bagi setiap kilogram ayam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Peniaga di negeri ini sepakat menurunkan harga ayam sehingga 50 sen sekilogram selepas menerima surat pemberitahuan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, pendekatan baharu itu hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan harga ayam yang dijalankan secara menyeluruh di seluruh negeri hari ini.

Menurut beliau, daripada 34 surat pemberitahuan yang dikeluarkan, 33 peniaga bersetuju menurunkan harga sekitar 10 sehingga 50 sen bagi setiap kilogram.

"Pemeriksaan itu dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga ke atas semua peringkat rantaian pengedaran ayam termasuk peruncit, pemborong dan penternak.

"Hasil pemeriksaan mendapati peniaga menjual di bawah harga RM9.50 sekilogram dan terdapat juga beberapa premis yang menawarkan harga lebih rendah bergantung kepada harga bekalan yang diperolehi.

"KPDNHEP Kelantan mengambil pendekatan mengeluarkan surat pemberitahuan sebagai langkah ‘soft-approach’ kepada peniaga supaya menurunkan harga ke paras yang munasabah," katanya hari ini.

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan di tempat pemprosesan ayam di Kelantan.
Pegawai penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan di tempat pemprosesan ayam di Kelantan.

Menurut beliau, surat tersebut dikeluarkan sebagai satu tindakan pemantauan terhadap kedudukan harga dan peringatan kepada peniaga, supaya tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya dan menangani segera isu kenaikan harga berkenaan.

Katanya, dalam pemeriksaan yang dijalankan di Kota Bharu, harga jualan ayam tertinggi dikesan di Pasar Awam Ketereh iaitu RM9.50 sekilogram, namun ia diturunkan sebanyak 50 sen selepas pendekatan baharu digunakan.

"KPDNHEP Kelantan turut mendapati harga jualan runcit ayam standard terendah berada pada paras RM7.90 sekilogram.

"Penurunan harga ini menunjukkan komitmen di antara peruncit, pemborong serta penternak berikutan keluhan pengguna dan hasil pemeriksaan serta penguatkuasaan yang dijalankan KPDNHEP negeri," katanya.

Adnan berkata, KPDNHEP akan sentiasa memantau bagi memastikan pengguna mendapat harga yang munasabah agar dilindungi daripada manipulasi pihak tidak bertanggungjawab tetapi pada masa sama, membantu golongan peniaga.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar menggunakan aplikasi 'Price Catcher' untuk membuat perbandingan harga barang-barang keperluan di tempat masing-masing sebagai langkah penjimatan dan merancang pembelian.

"Pengguna juga boleh mengemukakan aduan dengan menghubungi KPDNHEP melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my; Call Centre 1800 886 800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU dan WhatsApp ke 019- 279 4317.

"Orang ramai juga boleh hadir atau menghubungi mana-mana pejabat KPDNHEP di seluruh Kelantan atau Cawangan Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang,” katanya. – Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia