web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,496 Remaja Terima Vaksin Di UMS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 9:54AM

Taufiq mengiringi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad dalam kunjungan ke PPV IPT UMS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 1,496 remaja berusia 12 hingga 17 tahun hadir menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini bermula kelmarin.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Taufiq Yap Yun Hin berkata, pihaknya mula menerima kehadiran golongan remaja berkenaan sebaik pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang membenarkan pemberian vaksin kepada mereka.

“Daripada jumlah itu, 722 terdiri daripada remaja berusia 16 hingga 17 tahun, diikuti 447 dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun dan selebihnya berusia 12 hingga 13 tahun,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Taufiq, PPV IPT UMS mampu membekalkan suntikan kepada 3,000 remaja menggunakan vaksin jenis Pfizer.

“Ibu bapa boleh membawa anak mereka hadir secara ‘walk-in’ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

“Kementerian Pengajian Tinggi turut menyokong penuh inisiatif UMS sejajar dengan matlamat membantu Kerajaan mencapai imuniti kelompok di Sabah,” katanya.

Tambah Taufiq, ia sebagai langkah proaktif UMS untuk memastikan Sabah bebas dari belenggu COVID-19. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Mahu Laporan Teliti Berhubung Masalah Bekalan Air Berlarutan Di UMS

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia