web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Akibat Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Sep 2021 7:54AM

Gambar menunjukkan keadaan Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Laluan Persekutuan FT 185 Seksyen 43.9 di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menghala ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas faktor keselamatan, akibat hujan lebat yang berterusan semalam.

Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta dalam satu kenyataan malam ini menyatakan notis penutupan itu berkuat kuasa pukul 9.00 malam ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan kedalaman 4.57 meter, dikesan berlaku kira-kira pukul 5.45 petang tadi dan berkemungkinan berlaku disebabkan faktor hujan yang berterusan dan menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.

“Pemantauan Jabatan Kerja Raya Daerah dan pihak konsesi Jalan Persekutuan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pertubuhan Gesa Baiki Infrastruktur Daif Di Pedalaman Sarawak

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Gudang Logistik Runtuh: MBPP Arah Henti Kerja Serta-Merta

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Syukur Saya Turun Awal - Pekerja Tapak Pembinaan Gudang

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Usaha Mencari 1 Lagi Mangsa Tertimbus Terus Dijalankan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia