web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gudang Logistik Runtuh: MBPP Arah Henti Kerja Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 11:31AM

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sudah mengeluarkan notis arahan berhenti kerja serta-merta kepada pemaju, jurutera dan arkitek projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas yang runtuh malam tadi.

Datuk Bandar MBPP, Datuk A. Rajendran berkata, arahan itu dikeluarkan pagi tadi kepada pihak pemaju projek berkenaan di lokasi kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat mangsa serta tugas-tugas siasatan pihak berkuasa.

“Kita sudah keluarkan notis berhenti kerja serta-merta pagi tadi kepada pemaju dan arkitek,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian di sini, hari ini.

Mengulas mengenai projek berkenaan, Rajendran berkata, ia adalah projek fast track dan jadual pembinaannya berada di landasan yang betul.

“(Sebelum kejadian) kita telah beri kebenaran untuk projek ini beroperasi pada waktu malam kerana ia berada di luar kawasan perumahan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz yang turut melawat lokasi mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat jika didapati ada kecuaian sehingga menyebabkan berlakunya insiden yang meragut nyawa itu.

“Saya berharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi pada masa depan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam tadi, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh.

Dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan, manakala empat lagi mangsa masih tertimbus.

Setakat pukul 9 pagi ini, operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh pihak bomba dan penyelamat dibantu agensi lain termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut dilihat berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Syukur Saya Turun Awal - Pekerja Tapak Pembinaan Gudang

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Usaha Mencari 1 Lagi Mangsa Tertimbus Terus Dijalankan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KP IKIM Diarah Beri Kerjasama Siasatan Insiden Bumbung Dewan Runtuh

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bangunan MACA Dijangka Boleh Diguna Semula 18 Mei Depan - Alexander

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut