web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KP IKIM Diarah Beri Kerjasama Siasatan Insiden Bumbung Dewan Runtuh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 1:13PM

Semalam, enam wanita cedera ringan selepas bumbung dewan IKIM di Jalan Duta di sini, runtuh - Gambar Twitter @myikim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci insiden bumbung dewan yang runtuh semalam.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu semalam yang mengakibatkan enam kakitangan IKIM mengalami kecederaan.

“Saya mendoakan kakitangan berkenaan diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta pengurusan IKIM untuk mengambil langkah keselamatan dengan segera agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Semalam, enam wanita cedera ringan selepas bumbung dewan IKIM di Jalan Duta di sini, runtuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.56 pagi.

Seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Jalan Hang Tuah dihantar ke lokasi kejadian.

Enam mangsa wanita tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun dilaporkan cedera ringan dalam kejadian itu.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans untuk pemeriksaan lanjut. – Getaran, 1 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Macam Mana Boleh Sampai Atas Bumbung Tu Kak

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Parlimen Gunakan Sistem EHantar Bagi Urusan Dewan Mulai Esok - Johari

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Gudang Logistik Runtuh: MBPP Arah Henti Kerja Serta-Merta

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Syukur Saya Turun Awal - Pekerja Tapak Pembinaan Gudang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut